EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Drama Hati Yang Dikhianati ditunda, Isyariana ajak sama-sama putuskan rantaian Covid-19

0 month ago, 11-Jun-2021

PENANGGUHAN tayangan drama Hati Yang Dikhianati (HYD) disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah jalan terbaik untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagi pelakon Isyariana, dia menyifatkan keputusan itu adalah langkah terbaik memandangkan penggiat seni tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti penggambaran demi memutuskan rantaian virus berkenaan.

Saya rasa penundaan siaran untuk HYD adalan jalan terbaik selepas pengumuman PKP 3.0 diumumkan untuk keselamatan semua pasukan yang terlibat di dalam pembikinan HYD.

Seperti yang kita tahu virus Covid-19 bergejala dengan lebih pantas tanpa mengira sesiapa. Jadi,penundaan siaran ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Walaupon siaran HYD sudah berada di pertengahan tapi Insya-Allah kita doa yang baik-baik supaya negara kembali pulih daripada virus Covid-19 dan kru penggambaran boleh kembali menjalankan penggambaran serta bersiaran semula, katanya kepada URTV.

Terdahulu, produksi Global Station telah menghentikan penggambaran drama HYD yang ditayangkan di Astro Prima menerusi slot Tiara.

Keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan PKP atau total lockdown yang diperintahkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Isyariana,31 turut menyarankan agar orang ramai mematuhi arahan kerajaan dan tidak keluar rumah jika tiada hal mustahak.

Kepada semua peminat dan penonton, saya berharap agar semua kita bersatu-padu mengikuti perintah kerajaan semasa tempoh PKP 3.0 ini. Duduk lah dirumah, sama-sama putuskan rantaian Covid-19.

Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dirumah untuk menjadi positif, kita boleh masak atau cuba menu yang kita tak pernah buat.

Cabar diri kita untuk menghafal atau buat sesuatu yang membantu kita berfikir selain menonton filem atau drama yang terlepas.

Kalau rasa nak berbual dengan seseorang, kita boleh telefon ibu bapa, ahli keluarga dan kawan rapat bertanyakan khabar. Jom kekal positif dan perangi Covid-19 bersama dengan duduk di rumah lockdown diri kita sendiri okay.

HYD turut dibintangi Amar Baharin, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Shah Iskandar dan Arena Lieya.



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...