EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Drama Derita Untuk Bahagia

0 month ago, 07-Jun-2021

Derita Untuk Bahagia

Nantikan drama bersiri 'Derita Untuk Bahagia' di slot Tiara, Astro Prima. Dibintangi oleh Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda. Drama 30 episod arahan Ejump Mohd. Derita Untuk Bahagia disiarkan mulai 7 Jun 2021 setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima

JUDUL : DERITA UNTUK BAHAGIA
EPISOD : 30
TARIKH TAYANGAN : 7 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Astro Prima
PENGARAH : Ejump Mohd
PRODUKSI : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin, Shukry Ramlee, Aaliyah Natasha, Puteri Lofea, Riezman Khuzaimi, Aida Othman

WATAK PELAKON
Azar Azmi sebagai Alisha
Amar Baharin sebagai Danial
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Lina
Dian P Ramlee sebagai Puan Zaiton
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Dato Hilal Azman sebagai Tuan Jalal
Aida Othman sebagai Suraya
Zarina Zainuddin sebagai Mak Yam
Rashdan Baba sebagai Mahad
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Bangkit Semula
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik: Adi Pawana
Komposer: Adi Pawana & Alun Cendana

SINOPSIS DERITA UNTUK BAHAGIA
Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. 

Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya.  Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. 

Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.  

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?

Pelakon Derita Untuk Bahagia
Derita Untuk Bahagia


SUMBER : myinfotaip.com



Live Website Traffic


loading...