EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

DPPKS Siap Siaga

0 month ago, 30-Jul-2020

Oleh : Izzat Qushairi

SETIU : Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu (DPPKS) telah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang dalam mempertahankan kemenangan yang dimiliki kini.

Menurut Ketua DPPKS, Ustaz Mohd Shafizi Ismail tiga lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditawan sekiranya diberi peluang walaupun menghadapi pertandingan dua penjuru atau lebih melawan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

Kami telah meneliti data dan fakta serta kesediaan jentera dan ingin menegaskan bahawa kami bersedia untuk meletakkan calon di kerusi DUN pada PRU nanti. katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) DPPKS pada Sabtu.

DPPKS juga yakin semua jentera dan pimpinan PAS di semua cawangan telah bersemangat dan bersedia untuk menghadapi PRU nanti berdepan parti lawan. jelasnya.

MAT yang diadakan kali ke 40 itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak di Dewan Sivik Batu Rakit.

Untuk rekod pada 2018 yang lalu, PAS metakkan semua calon di 32 DUN yang dipertandingkan dan menang di DUN Jabi termasuk Parlimen Setiu.

Dengan kemenangan selesa 22 kerusi DUN, PAS berjaya menubuhkan kerajaan setelah duberi mandat oleh rakyat pada PRU yang lepas.

Artikel SebelumMuslimat Tingkatkan Kemahiran Media Untuk Hadapi PRU15

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...