www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Doraemon yang usang ini hidup semula selepas menjalani transformasi mengagumkan!

0 month ago, 11-Jan-2019


Watak animasi Doraemon bukan satu nama yang asing lagi bagi setiap lapisan umur masyarakat di Malaysia. Tidak kira sama ada tua mahupun muda, Doraemon merupakan salah satu rancangan kartun kegemaran ramai.

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang netizen telah mengongsikan pengalaman manisnya tentang bagaimana dia memiliki anak patung Doraemon ketika kecil yang sehingga kini masih disimpan.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai@Ydon9ini, dia telah memiliki anak patung Doraemon itu sejak dia masih kecil lagi dan dia masih menjaga anak patung itu sebaik mungkin meskipun tidak lagi memerlukannya.

"Doraemon yang telah bersama saya sejak saya dilahirkan kini hampir mati dan putus harapan".

Netizen ini turut mengongsikan betapa lusuhnya anak patung kesayangannya itu sehingga menampakkan wajah Doraemon yang sudah koyak serta warnanya yang kusam dan pudar.

Kredit:Twitter @Ydon9

Sekali pandang, kita tahu anak patung ini langsung tidak lagi comel dan menarik perhatian sekali gus membuatkan segelintir daripada kita mungkin mengambil jalan mudah dengan membuang patung Doraemon ke dalam tong sampah.

Kredit:Twitter @Ydon9

Namun@Ydon9menyimpan hasrat yang berbeza. Daripada membuang anak patung itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan transformasi menyeluruh terhadap anak patung yang usang ini. Jadi, dia menghantar anak patungnya itu kepada seorang rakan.

Kredit:Twitter @Ydon9

Rakan@Ydon9kemudiannya membersihkan Doraemon yang tua ini dengan mandian sabun bagi menghilangkan segala kekotoran dan juga habuk. Setelah itu, dia mula melakukan 'pembedahan' dengan menggantikan barangan-barangan yang perlu seperti mata Doraemon.

Malah, dia turut mengisi badan Doraemon dengan kapas bagi menjadikan anak patung ini kelihatan gebu dan sedap dipeluk.

Kredit:Twitter @Ydon9

Dengan teknik jahitan yang teliti serta keikhlasan hati seorang kawan, anak patung Doraemon ini akhirnya berjaya 'diselamatkan' dan berubah menjadi anak patung baharu yang sangat comel!

Kredit:Twitter @Ydon9

Selain itu, rakan@Ydon9turut menambah aksesori penting pada Doraemon dengan menjahit ekornya semula...

Kredit:Twitter @Ydon9

Meskipun kisah ini kedengaran biasa, majoriti netizen khususnya yang berada di Jepun amat tersentuh hati dengan keprihatinan kedua-dua insan tersebut untuk 'menghidupkan' kembali Doraemon yang telah usang itu.

Salah seorang netizen memberikan komen,"Mengalir air mata saya!Okaerinasai(Selamat pulang)".

:SAYS

Doraemon yang usang ini ‘hidup semula’ selepas menjalani transformasi mengagumkan! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts