EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Doktor gagal cari saluran darah tinggalkan 10 kesan suntikan pada tangan bayi baharu lahir

0 month ago, 03-Dec-2019

IPOH- Seorang bayi baharu dilahirkan di Ipoh menerima 10 kesan jarum suntikan di tangannya sehingga menyebabkan ia menjadi lebam.

Perkara tersebut disyaki telah dilakukan oleh seorang doktor pelatih. Bercakap mengenai kejadian ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan akan dilakukan berikutan insiden ini.

Facebook

Katanya lagi, pegawai perubatan hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum. Jika gagal melakukannya, pegawai tersebut tidak dibenarkan mencubanya untuk kali ketiga sebaliknya harus merujuk kepada pegawai yang lebih berpengalaman.

Kejadian tersebut tular di media sosial Facebook apabila ibu kepada bayi tersebut meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat tangan anak kecilnya yang mempunyai 10 kesan suntikan.

Kejadian itu telah menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang melahirkan rasa simpati kepada bayi yang baru berusia sehari itu dan ada juga yang berpendapat bahawa peluang harus diberikan kepada doktor pelatih untuk belajar.

Doktor gagal cari saluran darah tinggalkan 10 kesan suntikan pada tangan bayi baharu lahir Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...