EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Doakan kesihatan Saleem pulih

23 month ago, 26-Feb-2018

PENYANYI Iklim, Saleem masih menunggu keputusan lanjut daripada doktor berhubung ketulan darah beku di kepalanya yang dikatakan berpunca daripada masalah kekurangan oksigen.

Isterinya, Juriah@ Julia Bachok berkata, suaminya perlu menjalani pemeriksaan rapi, esok untuk memastikan samada ketulan itu masih ada atau beransur hilang.

Abang Saleem sudah okay tetapi keadaannya lemah kerana kena berpuasa untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh doktor hari ini.

Sekiranya ketulan itu tiada, dia tidak perlu menjalani pembedahan.

Kalau boleh kami sendiri tidak mahu dia dibedah kerana faktor usia dan mahu mencuba rawatan alternatif.

Lagipun, keadaan kesihatannya semakin positif dan lebih bertenaga berbanding ketika mula-mula dimasukkan dahulu, katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Saleem, 56, atau A M Salim Abdul Majeed dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, sejak Rabu lalu selepas mengalami sakit kepala kronik.

Penyanyi popular menerusi lagu Suci Dalam Debu itu baru selesai menjayakan persembahan di Sabah selama 20 hari dan mengalami simptom itu sebaik pulang ke Kuala Lumpur.

Saya mulanya menyangka sakit dihadapi oleh abang Saleem hanya sakit kepala biasa. Tetapi tangannya lemah dan ketika memegang sudu untuk makan, sudu terlepas dari tangannya membuatkan saya terkejut dan segera membawanya ke hospital.

Bagaimanapun selepas rawatan, diberikan oksigen dan makan ubat, keadaannya semakin beransur pulih dan positif. Dia perlu banyak berehat kerana jadual ketika di Sabah, baru baru ini sangat padat, kata Julia.

Menurutnya lagi, buat masa ini, mereka mengehadkan kehadiran pelawat dan hanya menerima ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Saya tidak mahu jadi seperti dahulu di mana orang menyiarkan gambarnya dalam keadaan kurang sesuai di laman sosial dan tidak mahu Abang Saleem diganggu. Biarlah dia berehat betul-betul sehingga pulih sepenuhnya.

Jadual persembahan Abang Saleem akan kembali padat pada April ini dan saya tidak mahu penganjur yang beri show risau. Saya minta semua pihak mendoakan agar kesihatannya kembali pulih," katanya.

Pada masa sama, Saleem sendiri berusaha untuk bercakap dengan Harian Metro tetapi percakapan tidak lancar akibat kesan ubat.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...