EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dituduh Songlap Duit Andi Bernadee, Amir Hasan Kecewa Netizen Maki Arwah Bapa

0 month ago, 26-Aug-2021

Tidak semena-mena nama penyanyi Amir Hasan menjadi bahan bualan netizen apabila didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menipu wang penyanyi Andi Bernadee berjumlah RM70,000.

Sangat terkejut dengan pertuduhan berat seperti itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hassan tampil mempertahankan diri.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by Amir Hasan (@amrhsn_)

Ujar Amir, dia menyedari namanya mula ‘dipetik’ netizen setelah membuka Instagram di mana dia menerima banyak mesej dan komen daripada netizen berkaitan dengan kes itu.

Tambahnya lagi, dia menerima banyak komen cacian dan makian daripada warga net malah ada yang bertindak keterlaluan dengan menghina arwah bapanya.

Advertisement

Mungkin netizen syak saya sebab hint yang Andi berikan. Kebetulan memang jangka masa saya kena Andi sudah dua hingga tiga tahum. Memang saya kawan baik Andi tapi saya bukan individu yang didakwa. Paling sedih apabila ada netizen yang mengaitkan nama arwah bapa saya. Dia komen kata bapa saya beri duit ke sampai nak curi duit orang.

Penyanyi lagu Bicaramu ini juga memaklumkan bahawa dia sudah menyerahkan semua kepada pihak polis dan peguam untuk tindakan seterusnya.

View this post on Instagram

A post shared by Amir Hasan (@amrhsn_)

Terdahulu, penyanyi Andi Bernadee mendakwa dia telah ditipu oleh rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya sehingga menyebabkan dia kerugian puluhan ribu ringgit.

Andi juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang sewajarnya.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Dituduh Songlap Duit Andi Bernadee, Amir Hasan Kecewa Netizen Maki Arwah Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...