EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dituduh kongsi bilik dengan teman wanita, Adam Shahz nekad saman bekas isteri

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa berkongsi satu video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia menerusi Instastory miliknya.

Dalam video berkenaan, dia mendakwa bekas suaminya pelakon Adam Shahz berkongsi bilik tidur dengan teman wanita ketika bercuti baru-baru ini.

Bagaimanapun, video itu telah dipadam oleh Fatin sendiri selain turut membuat permohonan maaf kepada bekas suaminya itu di Instastory.

Walau bagaimanapun, Adam enggan mengulas dakwaan dibuat wanita itu sebaliknya dia nekad dengan keputusan untuk menyaman Fatin.

Menurut laporan BH Online, pelakon drama Juvana itu bertindak sedemikian berikutan dakwaan wanita itu telah mengaibkan sehingga boleh menjatuhkan reputasinya.

Cukuplah menyeksa saya selama lebih empat tahun kami bercerai. Saya sudah lama bersabar, tetapi nampaknya Fatin sengaja mahu menguji kesabaran saya.
Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Jalan terbaik adalah membawa kes ke mahkamah. Di sana, saya akan menjelaskan segala-galanya termasuk bukti sekali, katanya.

Selain itu, Adam turut meluahkan rasa kecewa kerana bekas isterinya juga membangkitkan isu mengenai nafkah anak mereka. Walhal, pada awal perceraian, Fatin pernah membangkitkan isu sama.

Berhubung tuntutan nafkah yang dibangkitkan, perkara ini juga hanya akan didedahkan dalam mahkamah. Sebelum ini, saya pernah minta Fatin membuka fail jika benar saya berada di pihak yang salah.
Tetapi, sudah lebih empat tahun bercerai, tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh kerana dia enggan mengambil sebarang tindakan, jadi biarlah saya yang memulakan langkah,ujarnya.

Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 2013 namun berpisah pada 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Ivy yang kini berusia enam tahun.

: BH Online(Serimah Mohd Sallehuddin)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...