EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ditemui tak berpakaian, mayat wanita berkulit putih sah Nora Anne

0 month ago, 13-Aug-2019

Mayat yang ditemui petang tadi di kawasan berhampiran rakyat warga Ireland yang dilaporkan hilang telah disahkan oleh pihak berkuasa sebagai Nora Anne Quoirin, 15.

Perkara tersebut telah dimaklumkan olehKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop selepas keluarga mangsa membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Keluarga dibawa untuk pengecaman mayat dan mereka mengesahkan mayat itu adalah Nora Anne. Katanya.

Mayat Nora dilaporkan ditemui kira-kira 2.5 KM berhampiran resort tempat mereka sekeluarga menginap sejak hari pertama tiba di Seremban untuk bercuti.

Kondisi mayat mangsa semasa di temui adalah dalam keadaan tidak berpakaian dan dijumpai di kawasan lurah berhampiran anak sungai.

Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa menemui mayat seorang wanita berkulit putih oleh anggota cari dan menyelamat (SAR).

Nora yang dilaporkan hilang sejak 10 hari yang lalu telah menggemparkan rakyat Malaysia berikutan keadaan dirinya yang kelainan upaya (OKU).

: Harian Metro

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com