EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ditawar jadi duta produk, Khai Bahar tak tahu usahawan kosmetik terbabit kes dadah

0 month ago, 20-Nov-2020

Berikutan penahanan usahawan kosmetik yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah, penyanyi Khai Bahar turut terkena tempias mengenai isu tersebut.

Menurut laporan mStar Online, Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul Baharuddin mengakui dilamar untuk menjadi duta produk minuman susu berperisa keluaran syarikat milik usahawan berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 26 tahun tersebut tidak mengetahui pembabitan usahawan dari Kelantan itu dengan aktiviti penyeludupan yang dianggarkan bernilai RM5 juta itu.

Saya tak tahu mengenai pembabitan individu itu, tapi saya sedar mengenai gambar kami telah tular di media sosial. Saya baru sahaja menjadi duta dan foto kami diambil pada September lalu semasa perbincangan mengenai produk.
Tentang isu lain saya tak tahu, saya hanya jalankan tanggungjawab. Itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,katanya.

Namun, penyanyi lagu Luluh itu mengakui tidak terkesan dengan isu tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam bagi membuat keputusan mengenai kontraknya.

Sama ada nak teruskan kerjasama dengan produk itu, saya serahkan kepada peguam sahaja. Sejujurnya isu ini tak ganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja.
Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja, ujarnya.

Minggu lalu, usahawan yang menggunakan gelaran Datuk Seri itu ditahan bersama adiknya sebelum pihak polis merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah.

: mStar Online (Qarami Hashim)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...