EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ditangkap kerana berbogel beramai-ramai di balkoni

0 month ago, 06-Apr-2021

 


Sekumpulan wanita yang dirakam bertelanjang di balkoni sebuah penthouse di Dubai telah ditangkap.

Rakaman video aksi kumpulan itu tular di media sosial minggu ini.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh seseorang dari bangunan bersebelahan.

Akhbar The National melaporkan kumpulan itu beraksi sedemikian kerana mengambil bahagian dalam satu 'cabaran' namun ia tidak mengulas lebih lanjut.

Mereka yang ditahan berdepan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda sekitar ?1,000 (RM5,722) kerana melanggar undang-undang berkaitan kesopanan awam di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malah individu yang berkongsi video tersebut juga berkemungkinan akan menghadapi tindakan undang-undang.

Dalam satu kenyataan, Polis Dubai memberi amaran bahawa kelakuan sedemikian tidak dapat diterima dan tidak mencerminkan nilai serta etika masyarakat UAE. 


: mStar/ Dailystar



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...