EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

4 lagi ditahan dalam siasatan sindiket imigresen, 26 kereta mewah dirampas

0 month ago, 20-Nov-2020

Rolls Royce Phantom (kiri) dan Mustang antara kenderaan yang dirampas pihak berkuasa.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 4 lagi individu dalam siasatan ke atas sindiket imigresen, yang didapati terlibat dalam penyeludupan dari China, Vietnam, Indonesia, dan Bangladesh, FMT difahamkan.

Empat individu itu terbabit berusia 28 hingga 52 tahun, dan terdiri daripada 3 ejen pekerja asing dan seorang pegawai imigresen.

memaklumkan 50 orang ditahan dalam operasi bersama SPRM dan imigresen, Ops Selat. Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah, dan 4 motosikal berkuasa tinggi dirampas.

Menurut sumber, ini tidak termasuk rumah, tanah dan barangan kemas.

Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki 4 kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

Kereta ini didaftarkan atas nama 2 Warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan 2 ejen lelaki tempatan. SPRM mengenal pasti identiti warga china dan rakyat tempatan terbabit dan sedang mengesan semuanya, katanya.

Kenderaan mewah terbabit dipercayai digunakan sebagai balasan upah untuk membuat kaunter setting bagi warga asign yang disenarai hitamkan atas kesalahan imigresen.

Mana-mana pelawat yang disenarai hitam yang ingin masuk ke Malaysia atas aturan sindiket akan dimaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mereka kepada ejen-ejen di Malaysia.

Ejen-ejen akan berhubung dengan pegawai Imigresen di KLIA dan KLIA 2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk dengan mudah.

Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini disebabkan senarai hitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu. Hanya kaunter-kaunter tertentu di KLIA dan KLIA 2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing, menurut sumber.

Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi FMT, tidak menolak lebih ramai lagi akan ditangkap dalam operasi yang sedang berjalan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.

https://bit.ly/3nL2D7Z

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...