EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Disyaki positif COVID-19, kanak2 lelaki akur dikuarantin terpaksa tinggalkan ibu ayah

0 month ago, 24-Mar-2020

Virus pembunuh Covid-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau muda berpotensi untuk diserang. Hari ini sahaja, jangkitan naik mendadak dan angka kematian pula bertambah.

Sedangkan kita yang masih terselamat ini dirundung kerisauan, bayangkan pula perasaan pesakit Covid-19 serta ahli keluarga yang sudah tentunya terkesan dengan wabak pembunuh ini.

Begitulah yang kini dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki disyaki positif Covid-19, yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani kuarantin.

Berdasarkan satu perkongsian pengguna Facebook, dikatakan kanak-kanak terbabit bersama bapanya telah mengikuti kursus pengurusan jenazah.

Bagaimana pun, salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut merupakan ahli ijtimak tabligh yang positif Covid-19. Maka, daripada situlah jangkitan tersebut dapat dikesan.

Tak ada sebarang tangisan. Such a hero. Sanggup kene kuarantin demi masyarakat. Kecik2 dah rajin ikot ayahnya pergi

Posted by Farah Norafina onMonday, March 23, 2020

Namun apa yang menyedihkan, melihat keadaan seorang kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan ibu bapanya dan tidak tahu berapa lama dia bakal dikuarantin.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Ketar abis tangan kaki ibu , niey baru tgk pic ank org .. dpt rasa dh

Posted by Nur Fatin Mas Hassan onTuesday, March 24, 2020

Bayangkanlah, untuk kedua ibu bapanya melawat dan menemaninya di hospital adalah mustahil, maka anak ini harus kuat dan matang membawa diri demi keselamatan ahli keluarganya.

Melihatkan keadaan kanak-kanak itu, rata-rata netizen tersentuh dan meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib anak yang masih kecil terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini seorang diri.

Semoga adik ini cepat sembuh dan bersatu semula dengan keluarganya.

:Farah Norafina &Nur Fatin Mas Hassan


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...