EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

MCMC Disyaki Beli Akaun Twitter Orang Lain, Penuh Tweet Carutan Dan Cyber Bully Satu Ketika Dahulu

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Netizen membongkar satu rahsia yang tidak terfikir dek akal. Ini apabila akaun rasmi SKMM/MCMC pada 2014 memuat naik tweet carutan dan kata kata lucah termasuk menggelakkan kekalahan JDT.

Apa sudah jadi?

Agak ironi kerana akaun MCMC dikantoikan banyak mencarut termasuk menggunakan ayat rasis satu ketika dahulu hanya beberapa jam selepas mereka mengingatkan netizen untuk menjaga adab dan kesopanan. MCMC berkata:

Berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan.

Pihak MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

MCMC ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Laporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada [emailprotected] Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ .

MCMC turut berharap rakyat dapat berganding bahu bersama dengan kerajaan dalam memberi fokus kepada usaha meredakan ledakan pandemik COVID-19 dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri. Elakkan keghairahan yang melampau atau membuat spekulasi liar serta berita palsu yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Berikut antara koleksi Tweet lama yang dikorek oleh netizen termasuk pembulian siber:

Just in case you cannot see it anymore because @SKMM_MCMC locked its account. Yes, I always keep receipts. pic.twitter.com/tnV9MHmO3g

Lee Seng Foo??????????? (@sengfoo88) January 12, 2021

Netizens raiding and getting receipts of MCMC old tweets; pic.twitter.com/sTtndeRYsp

Raz Shah (@imalraz) January 12, 2021

this you? pic.twitter.com/lwzrSaGLSd

alexa (@lowblood_sugar) January 12, 2021

pic.twitter.com/cUYYjjfu3r

sham kamikaze II (@hishamdanielll) January 12, 2021

Akaun rasmi MCMC sudah digantung sementara menurut satu kenyataan. Adakah MCMC sudah mengambil tindakan ke atas MCMC? Tanya seorang pengguna Twitter.

Mungkin MCMC telah mengambil tindakan ke atas MCMC pic.twitter.com/hkHGKSdZeU

The Exalted One (@Jackvladamir) January 12, 2021

Seorang pengguna twitter menyatakan bahawa akaun MCMC yang ada pada hari ini sememangnya dibeli pada sekitar 4 dan 31 Oktober 2015.

The acquisition of the "new" MCMC account happened some time between May 4 and Oct 31 2015. pic.twitter.com/hhR763CkrS

Loy Jun (Marquis) (@loyjxn) January 12, 2021

Seorang lagi pengguna Twitter tampil membuat pengakuan bahawa dialah yang menjual akaun itu kepada seseorang. Namun tak sangka ianya digunakan oleh MCMC untuk menjadi Twitter rasmi jabatan mereka.

Another clarification.https://t.co/NMdKv2341H

???????????? (@NazruiHakim) January 12, 2021

Ibrahim Sani menyatakan bahawa jika benar MCMC membeli akaun, maka mereka turut melakukan kesalahan siber di bawah akta Twitter,

Interesting, immediately clarifies the situation. Distancing from MCMC.

Still though, buying and selling accounts violates @Twitter Terms of Service. https://t.co/QjsqtJXUlt

Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) January 12, 2021

MCMC pula tidak memberikan komen isu akaun dibeli. Sebaliknya membuat kenyataan bahawa akaun Twitter rasmi mereka telah diceroboh dan dimanipulasi pihak yang tidask bertanggungjawab.

Berikut kenyataan rasmi MCMC:

MESEJ MENCURIGAKAN MELALUI AKAUN TWITTER RASMI BUKAN DIKELUARKAN OLEH MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaranhantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC.

Akaun Twitter SKMM diceroboh pihak tidak bertanggungjawab & digantung buat sementara waktu pic.twitter.com/YzT06jl6dd

MohdFaizalHassan ???????? (@f4izalhassan) January 12, 2021

Semoga kita akan mendapat tahu kebenaran sebenar selepas ini.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...