EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Disiplin Anak Kena Betul, Tiru Macam Mak-Mak Di Jepun Kool Je!

4 month ago, 13-Feb-2020

Setiap kali anak-anak nakal dan tidak berdisiplin, apa nak buat ni?

Perasan tak kalau kita lihat anak-anak di negara Jepun, boleh dikatakan hampir semuanya memiliki disiplin diri yang tinggi. Jadi macam mana ibu bapa di Jepun mendidik anak-anak mereka sehingga jadi berdisiplin dan berdikari sejak dari kecil lagi.

Kaedah yang ibu bapa di Jepun gunakan, boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mendidik dan mendisiplinkan anak-anak kita di rumah. Apa yang penting, cara didikan dan disiplin kenalah betul, dan bukannya main marah je anak-anak kemudian berharap perangai mereka akan berubah.

Jom tengok macam mana mak-mak di Jepun mendidik dan mendisiplin anak-anak mereka!

#1 Hubungan Antara Ibu Dan Anak Sangat Rapat

Tahu tak di Jepun, hubungan antara ibu dan anak sangat erat. Sang ibu akan mencurahkan segala kasih sayang, perhatian dan memenuhi segala kehendak anak semasa anak berusia tiga tahun.

Foto You Are Mom

Dan apabila usia anak mencecah umur lima tahun, si ibu membenarkan anak-anak membuat apa saja yang mereka mahu sambil di bimbing untuk belajar dan memahami perkara apa yang baik dan yang buruk.

Selain itu, sepanjang tumbesaran anak-anak sang ibu sering menunjukkan sikap yang positif dan ini membuatkan anak akan mencontohi sikap terpuji ibunya serta akan menjadi lebih rapat dengan ibu mereka.

#2 Ajar Anak Layan Semua Orang Sama Rata

Foto You Are Mom

Ibu bapa di Jepun mendidik anak-anak mereka untuk melayan semua orang sama rata, tanpa mengira pangkat, darjat, warna kulit, agama hatta bangsa sekalipun. Malah ibu bapa mengajar anak-anak untuk menghormati dan melayan pengasuh sama seperti ibu bapa mereka sendiri.

Begitu hebatnya didikan ibu bapa di Jepun dalam mengajar anak-anak mereka menghormati semua orang dan dalam masa yang sama dapat membentuk peribadi anak yang berakhlak baik serta terpuji dari kecil lagi.

#3 Ajar Anak Hormati Perasaan Dan Emosi Orang Lain

Untuk bermasyarakat, ibu bapa di Jepun telah mengajar anak-anak mereka untuk melihat dan menghormati perasaan dan kepentingan orang di sekeliling mereka sejak dari kecil. Para ibu bapa Jepun menghosmati perasaan anak-anak mereka dan tidak memalukan diri anak-anak mereka sendiri.

Foto Pinterest

Bagi ibu bapa di Jepun, ianya penting untuk anak-anak menghargai serta memahami perasaan orang lain dan ianya termasuklah juga pada benda bukan hidup atau objek. Sebagai contoh, si anak sedang bermain dengan kereta mainan dan ingin merosakkan kereta tersebut.

Lalu si ibu menegur dengan berkata Kesiannya kereta tu, macam nak menangis.Ini adalah perlakuan yang biasa para ibu di Jepun lakukan, apabila ingin menegur salah laku si anak.

#4 Ibu Bapa Adalah Role Model Anak-Anak

Foto Daily Express

Anak-anak di jepun menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model dalam hidup mereka, ini kerana cara ibu bapa mendidik diri mereka adalah ibu bapa mereka menunjukan contoh dan membimbing mereka bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara.

Dan bukannya seperti kebanyakan ibu bapa sekarang yang hanya tahu memberi arahan kepada anak mereka tanpa memberi tunjuk ajar atau contoh untuk melakukan sesuatu tugasan.

#5 Hubungan Kekeluargaan Adalah Sangat Penting

Foto The Wagamama Diaries

Di Jepun, keluarga merupakan aspek penting dalam membentuk peribadi anak dan mendisiplin diri. Ini adalah kerana masyarakat di Jepun jarang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan dan kebanyakannya anak-anak mereka tinggal bersama atauk dan nenek mereka atau saudara-mara yang lain.

Dari situ hubungan kekeluargaan dalam diri anak-anak menjadi sangat kuat dan rapat serta saling melindungi antara satu sama yang lain.

#6 Tegur Perangai Anak, Bukan Pukul Mereka

Ibu bapa di Jepun memfokuskan terhadap pembentukan perangai serta peribadi anak-anak mereka, dengan cara mendisiplinkan dan menegur perangai anak yang tidak betul. Dan bukannya menggunakan keganasan fizikal dengan memukul anak.

Foto Our Voice Our Schools

Ibu bapa di Jepun mendisiplin perangai dan tingkahlaku anak-anak bermula dari rumah dengan menggunakan peraturan yang telah ditetapkan, seperti menyusun kasut dan selipar dengan kemas, mengulangi lagu dan permainan dan duduk dengan senyap.

Ke semua ini dilakukan setiap hari sehingga ia menjadi sebati dan rutin harian anak-anak. Oleh itu penting, untuk ibu bapa mula mendisiplin anak-anak bermula dari rumah dalam usia yang muda.

Foto All About Japan

Di harap perkongsian kali ini dapat memberi pencerahan buat para ibu bapa di luar sana, yang ingin mencari kaedah yang sesuai dalam mendidik dan mendisiplin anak-anak di rumah.

Rujukan: 1, 2, 3,


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...