EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

BTS Meal Diserang Peminat, 20 Cawangan McDonalds Indonesia Terpaksa Ditutup Sementara Waktu

0 month ago, 10-Jun-2021

BTS Meal, menu terbaharu dan menjadi rebutan ramai telah dilancarkan di Malaysia pada 26 Mei lalu, minggu ini ia mula ditawarkan di McDonalds Indonesia.

Set BTS Meal yang dilengkapi dengan McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa,sweet chilidanchajunini telah membuatkan orang ramai di Indonesia tidak keruan sehinggamembuatkan keadaan cawangan McDonalds di negara berkenaan tidak lagi terkawal.

Menurut Pengarah Komunikasi Bersekutu McDonalds Indonesia, Sutji Lantyka, beliau memaklumkan pihak mereka sedia mengehadkan penawaran BTS Meal dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan kebanjiran para pembeli di cawangan mereka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan BTS Meal yang baru sahaja ditawarkan tidak hanya dijual dalam tempoh satu hari sahaja sebaliknya sedia untuk didapatkan sehingga bulan hadapan.

Keadaan menjadi lebih kecoh setelah terdapat cawangan yang memberhentikan penawaran BTS Meal secara tiba-tiba sekaligus membuatkan para pembeli yang majoritinya terdiri daripada rider makanan Gojek mengamuk kerana risau bakal dikenakan penalti kerana gara-gara melengkapkan tempahan pelanggan.

Menerusi laporan daripadaKompas, setakat ini sahaja dilaporkan sebanyak 20 cawangan McDonalds Indonesia terpaksa ditutup sementara waktu manakala 12 cawangan lagi diberikan amaran bertulis. Semuanya gara-gara tempahan yang banyak diterima pada hari pertama BTS Meal ditawarkan di negara berkenaan.



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...