EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ajal Tak Disangka Datang, Mekanik Maut Gara-Gara Tayar Treler Tercabut Atas Jalan Raya

0 month ago, 15-Sep-2020

Maran: Mekanik maut apabila motosikal ditunggang terbabas selepas dirempuh tayar treler yang tercabut di Kilometer 48, Jalan Temerloh-ke bandar Jengka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 1.50 petang itu, mangsa, Mohamad Zazmi Mohd Zahari, 22, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan bahagian depan motosikal Yamaha LC 135 ditunggang mangsa remuk teruk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, ketika kejadian treler yang membawa muatan kayu balak dalam perjalanan dari Lepar, Jerantut ke Kuala Lumpur.

Sebaik tiba di tempat kejadian tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan treler berkenaan tercabut dan bergolek ke kanan jalan lalu bertembung motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

Akibatnya, motosikal ditunggang mangsa terjatuh ke tebing sebelah kanan jalan, katanya di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kejadian menyebabkan mangsa yang berasal dari Felda Mawar, Jengka 10, di sini maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jengka untuk bedah siasat.

kredit harian metro


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...