EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Disamakan dengan Sajat, Eina Azman kekal tenang Sorry, I original ya..

0 month ago, 06-Apr-2021

Setelah sekian lama merehatkan diri dari dunia hiburan, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman kini kembali aktif melibatkan diri dalam drama-drama tempatan.

Baru-baru ini, wanita berusia 26 tahun itu mencuri perhatian peminat apabila menunjukkan bentuk badannya yang langsing dan cantik.

Menerusi Instagram miliknya, Eina memuat naik beberapa buah video mempamerkan tubuh badannya bersama kapsyen mengatakan semua orang perlu berusaha mendapatkan bentuk badan sebegitu.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan komen yang memuji kecantikan bentuk badan bintang The Maid itu, ada seorang netizen menyamakan dirinya seperti usahawan terkenal Muhammad Sajat Kamaruz Zaman atau Sajat.

Perasan akan komen yang ditinggalkan netizen tersebut, Eina tampil membalas komen secara berseloroh dan tidak naik angin.

Kesal dengan tindakan individu tersebut, ramai pengikut dan peminatnya mempertahankan Eina serta menyelar individu berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga menegur perkongsian Eina itu tidak wajar kerana mempamerkan auratnya.

: Instagram Eina Azman



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...