www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


'Jho Low tahu dirinya bersalah' - PM

0 month ago, 08-Dec-2018




PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low mendakwa tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia kerana tahu dirinya bersalah.

Dr Mahathir berkata, dakwaan Jho Low itu juga tidak benar kerana hakim di negara ini mampu berlaku adil, selain kerajaan tidak campur tangan dalam urusan badan kehakiman negara.

Loading...

"Mesti kerana dia tahu dirinya bersalah. Apabila dia bersalah, maka dia dakwa perbicaraan itu tidak adil.

Hakim di Malaysia adalah adil. Institusi kehakiman tidak dicampuri oleh kerajaan. Kita mesti hadir ke mahkamah dan berhenti menafikan pendakwaan atau mendapatkan hakim yang lain untuk kita, terimalah kenyataan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden DAP, Gobind Singh Deo.

Selasa lalu, Jho Low dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam di Sydney, Australia bagi pihaknya mendakwa pentadbiran PH di bawah pimpinan Dr Mahathirmengabaikan kedaulatan undang-undang dan salah tafsir Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, ahli perniagaan yang didakwa terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, percaya beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia.


Ditanya sama ada kerajaan mengadakan rundingan secara rahsia untuk membuat perjanjian dengan Jho Low, Dr Mahathir berkata: "Tidak, tiada perjanjian."

-Metro Online


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts