EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dirakam Dan Foto Tersebar, Momoland Nancy Jadi Mangsa Gangguan Seksual

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Baru-baru ini foto dan rakaman idol ahli kumpulan Momoland iaitu Nancy yang sedang menukar pakaian, tersebar dalam server discord kumpulan peminat ITZY.

Foto dan rakaman yang diambil tanpa kebenaran itu tersebar luar dalam platfrom media sosial, dan hal ini membangkitkan rasa amarah peminat Momoland dan Nancy sendiri.

IKLAN

*A retweet is highly appreciated

TW | Hidden cam / Sexual harassment

Thread of explanation on @MMLD_Official Nancy's situation + ways to help.#MLD_????_???#MLD_SAVE_ARTIST #???? #momoland

Ctto pic.twitter.com/xzS0sCQJ0e

MerrySquad Malaysia | ???? HELP (@merrysquad_msia) January 10, 2021

Bermula Di Vietnam

Foto Instagram/Twitter

Semua ini bermula apabila staf bagi program 2019 Asia Artist Awards yang diadakan di Vietnam, merakam Nancy secara senyap-senyap.

Pada waktu itu, Nancy terlibat sebagai pengacara dan staf mengambil kesempatan merakam Nancy secara rahsia, ketika Nancy sedang menukar pakaian di bilik persalinan.

Antara foto yang tersebar di platform media sosial:

Foto Twitter

Foto Twitter

Individu Tidak Bertanggungjawab

Foto Clip Art Max

Sudahlah gambar diambil secara senyap-senyap, kemudian disebarkan ke platform media sosial dan akhirnya menyebabkan banyak manipulasi dilakukan keatas gambar Nancy.

Hal ini menunjukan staf atau individu yang bertugas semasa majlis tersebut merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab.

IKLAN

Syarikat MLD Entertainment Ambil Tindakan

Foto Big Star Site

Berikutan isu panas melibatkan artis naungannya, syarikat MLD Entertainment mengambil langkah undang-undang terhadap individu yang terlibat mengambil gambar tanpa kebenaran dan video yang berkaitan dengan Momoland Nancy.

Tindakan tegas akan diambil menerusi wakil undang-undang syarikat dan penjenayah akan dikenakan dakwaan atas Akta Keganasan Seksual Dan Maklumat dan juga Akta Jaringan Komunikasi Korea.

Penganjur Mohon Maaf

Foto Arkib Wanista

Hal ini juga melibatkan pihak penganjur 2019 AAA yang mengadakan majlis anugerah terbesar di Vietnam pada tahun 2019 lalu.

Dalam petikan Allkpop, pihak penganjur program memohon maaf atas apa yang berlaku dan berasa bertanggungjawab atas apa yang menimpa Momoland Nancy.

Pihak penganjur akan bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang Korea dan Vietnam, bagi menghukum individu yang terlibat mengambil dan menyebarkan gambar Nancy.

Harap hal ini dapat selesai dengan segera dan penjenayah dihukum kerana menyebarkan gambar Nancy yang sedang menukar pakaian dan memanipulasi gambar tersebut.

Rujukan



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...