EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

100 kali 'dipotong'

0 month ago, 01-May-2020

Beijing: Siapa sangka obsesnya terhadap pembedahan plastik sejak remaja, menjadi pemangkin kejayaan Wu Xiaochen dalam bidang itu.

Wanita yang popular di media sosial dan lebih dikenali sebagai Abby itu kini memiliki dua klinik pembedahan plastik di Beijing serta mengikat kontrak dengan pelbagai syarikat jenama utama di China.

Memetik Odity Central, Abby, 30, berkata, kejayaannya bukan semudah disangka sebaliknya ia bermula dengan obsesnya terhadap dunia kecantikan sejak usianya 14 tahun.

"Sejak 16 tahun lalu, saya membenarkan kulit saya ditoreh pisau dan disuntik jarum beratus-ratus kali untuk menghasilkan penampilan saya sempurna seperti hari ini.

"Saya tak akan berpuas hati dengan penampilan yang tidak sempurna.

"Setiap bulan saya akan melakukan suntikan untuk menjaga kecantikan kulit saya dan setahun sekali saya akan melakukan pembedahan plastik," katanya.

Katanya, pada mulanya dia disahkan menghidap penyakit autoimun dan perlu mengambil sejenis hormon steroid (glukokortikoid) hingga mengakibatkannya mengalami berat badan berlebihan.

Akibatnya, dia tidak selesa dengan penampilan berkenaan terutama pada kakinya sebelum melakukan pembedahan bagi menyedut lemak pada pahanya ketika usianya 14 tahun dan kosnya dibiayai ibunya.

ABBY selepas pembedahan plastik. FOTO agensi
ABBY selepas pembedahan plastik. FOTO agensi

Sejak itu, dia membuat enam kali pembedahan hidung, dua kali mata, mulut dan membentuk semula wajahnya masing-masing tiga kali serta lima kali pemindahan lemak.

Dia menghabiskan lebih 4 juta yuan (kira-kira RM2.5 juta) membabitkan lebih 100 prosedur pembedahan plastik.

"Selepas menjalani pembedahan plastik pertama dan penampilan saya semakin cantik, saya menyedari saya sudah menarik perhatian seperti mana selebriti lakukan.

"Sejak itu, saya tidak peduli lagi apa orang hendak kata kerana saya semakin ketagih dengan pembedahan," katanya.

Namun, disebalik kesempurnaan penampilannya itu, dia menasihati orang ramai terutama remaja berfikir panjang untuk mengubah penampilan diri berikutan pembedahan plastik tetap ada risiko.

"Ada pembedahan tidak berjaya, adakalanya saya mengalami kecacatan apabila prosedur gagal selain luka yang memakan masa berbulan-bulan untuk sembuh.

"Pernah juga kulit saya direnggangkan hingga menipis sampai cahaya boleh melaluinya, tapi semua itu tidak melunturkan semangat dan obses saya kepada kecantikan.

"Saya tidak mahu orang ramai menjalani pembedahan plastik seawal usia mereka remaja seperti yang saya pernah buat dan mereka harus berfikir rasional untuk mengubah penampilan diri kerana pembedahan plastik mungkin mencantikkan penampilan luar saya tetapi itu tidak menjadikan perjalanan hidup saya lebih indah," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...