EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dipenjara buat maksiat sambil memandu

0 month ago, 12-Oct-2019

MADRID: Seorang lelaki dan kekasihnya disabitkan hukuman penjara tertangguh selama enam bulan kerana melakukan hubungan seks sambil memandu kereta.

Kejadian itu berlaku di Villcastin berhampiran wilayah Segovia tahun lalu kira-kira jam 5 petang.

Aksi mereka dirakam pemandu lain yang memuat naik video terbabit di media sosial.

Menurut Daily Mail, lelaki itu memandu dengan bahaya di lorong tengah jalan raya selepas kekasihnya duduk di atas ribanya sambil melakukan aksi tidak senonoh.

Selepas video itu tular, polis mencari mereka untuk siasatan sebelum pemandu terbabit menyerah diri dan turut memberi maklumat kekasihnya.

Semalam, pasangan terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan memandu dengan cuai dan mereka disabitkan hukuman penjara tergantung enam bulan.

Lesen memandu pasangan itu turut digantung selama dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 12:07 AM


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...