EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dimitar Berbatov: Lebih Baik Bale Kekal Di Real Madrid

0 month ago, 22-May-2020

Bekas penyerang skuad kebangsaan Bulgaria, Dimitar Berbatov berpendapat Gareth Bale yang masih belum dapat dipastikan masa depannya di Real Madrid tidak akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu untuk ke Newcastle United.

Nama bintang kelahiran Cardiff tersebut sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang dikhabarkan semakin hampir untuk mendapat suntikan dana besar dari pemilik baharu dari tanah Arab itu.

Berbatov dalam pada itu tidak merasakan wajah baharu dengan limpahan wang yang bakal dinikmati Newcastle United akan menjadi daya penarik bagi membawa Bale ke St James Park.

Setiap kali Gareth Bale dikaitkan dengan berita dia akan meninggalkan Real Madrid, adakah dia akan kekal, adakah dia bermain, adakah dia menjaringkan gol, adakah dia bermain golf, mengapa dia bermain golf?

Ia memenatkan dan menurut pendapat saya, dia mempunyai ejen, keluarga, persekitaran dan sekiranya dia merasakan Madrid adalah tempat yang sesuai buatnya, dia akan terus kekal, tidak kiralah apa yang orang lain katakan.

Ramai orang merasakan dia perlu untuk meninggalkan Madrid dan beberapa orang penyokong juga mahukan dia pergi, tetapi saya merasakan dia suka tinggal di sana dan jika itu sahaja yang penting baginya, ujar Berbatov menurut sumber Goal.

Embed from Getty Images

Secara peribadi, saya mahu melihat dia lebih banyak beraksi, menjaringkan banyak gol dan menjelmakan corak permainan seperti dia pernah lakukan satu ketika dahulu. Jika anda tidak dihargai di mana anda berada, anda perlu pergi ke tempat lain.

Terdapat banyak laporan yang mengatakan tentang Newcastle berkemungkinan akan mendapatkan Bale, dia sudah lama berada di Real Madrid dan telah memenangi banyak piala.

Dia dihargai di seluruh dunia atas bola sepak yang dimainkannya. Tetapi dengan segala hormatnya, anda tidak boleh membandingkan Newcastle dengan Real Madrid.

Sekiranya Newcastle mahu mendapatkannya, mereka perlu menunjukkan kepada Bale yang mereka sedang membina sesuatu. Dapatkan juga jurulatih baharu.

Jika Newcastle membawa masuk Mauricio Pochettino, maka ianya OK, permulaan hebat, tetapi kemudiannya perlu memberitahu kepadanya siapa lagi pemain lain yang akan ditandatangani.

Sekiranya dia melihat semua itu dan menyukai apa yang dilihat, mungkin dia boleh mempertimbangkannya, tetapi saya fikir lebih baik dia kekal di Real Madrid.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Dimitar Berbatov:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...