www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dimarah ibu kerana lupa mengangkat baju pada hari hujan, kanak-kanak 12 tahun tampil dengan inovasi ampaian automatik hujan-panas

0 month ago, 18-May-2019


Seorang murid sekolah rendah yang bernama Lu di Nanning telah mencipta ampaian automatik yang dapat digunakan pada waktu hujan dan panas. Ampaian tersebut mengandungi penyangkut baju yang boleh masuk ke dalam secara automatik apabila hujan dan keluar semula apabila panas.

Lu berkata ilham itu diperoleh ketika dia terlupa mengangkat pakaian yang dijemur oleh ibunya yang menyebabkan pakaian tersebut basah akibat terkena hujan. Sejak kejadian itu, dia mula mengkaji dan belajar mengenai inovasi ampaian dari ayah dan gurunya dan telah memenangi hadiah utama pertandinganGuangxi Youth Science and Technology Innovation yang ke 34.

Ampaian automatik hujan-panas ini dilengkapi dengan sensoryang boleh mengesan kehadiran hujan.

"Apabila hujan, titisan hujan akan jatuh di atas sensorini, kanopi akan terbuka dan penyangkut baju akan masuk ke dalam untuk mengelakkan pakaian daripada basah terkena hujan," kata Lu. Apabila hujan berhenti dan cuaca panas, penyangkut baju akan keluar untuk mengeringkan semula pakaian.

Ciptaan baharu Lu ini dilihat mampu menyelesaikan masalah jemuran pakaian di tempat yang tidak berbumbung. Biarpun usianya masih muda namun ideanya sangat menarik dan kreatif. Tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan inovasi sains dan teknologi peringkat sekolah rendah tersebut.

: SINCHEW

Dimarah ibu kerana lupa mengangkat baju pada hari hujan, kanak-kanak 12 tahun tampil dengan inovasi ampaian automatik hujan-panas Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts