EdisiViral.Com Search Guest Post Login

LGBT dilarang pohon jawatan dalam kerajaan

0 month ago, 25-Nov-2019

JAKARTA: Suruhanjaya hak asasi manusia Indonesia mengutuk Pejabat Peguam Negara (AGO) hari ini kerana menghalang golongan LGBT daripada memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.

Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia itu, menyaksikan permusuhan orang awam dan negara terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Laman web AGO turut menyenaraikan kriteria pemohon dengan menyatakan, pemohon tidak boleh mempunyai gangguan fizikal atau mental serta orientasi seksual dan tingkah laku yang menyimpang.

Kami mahukan mereka yang normal. Semua agama melarang perlakuan seperti itu. Calon yang ingin menjadi pendakwa raya perlulah tegas dan profesional, kata jurucakap AGO, Mukri.

Agensi itu juga berkata, pemohon tidak boleh buta warna, mempunyai tatu atau bertindik dengan berat badan tertentu.

Sebanyak 74 kementerian dan agensi di Indonesia serta 467 pentadbiran tempatan, mula melantik calon baru kakitangan awam bulan ini.

Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) berkata, sekatan itu melanggar hak asasi manusia.

Semua orang seharusnya diberi pekerjaan tanpa memilih orientasi seksual atau identiti jantina mereka, kata Beka Ulung Hapsara dari Komnas HAM.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...