EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dikecam Jual Kit Ujian COVID-19, Shah Iskandar Mohon Maaf

2 month ago, 22-Mar-2020

Kecoh baru-baru ini apabila pelakon Shah Iskandar menjual alat ujian pengesanan COVID-19 di Instagram. Malah, dia juga memaklumakan dirinya bebas daripada virus itu setelah melakukan sendiri ujian pengesahan menggunakan kit tersebut.

shah iskandar kit ujian covid-19Tindakannya itu dikecam teruk kerana dikatakan mahu mengaut keuntungan selain mempertikaikan perbuatannya itu dianggap melanggar undang-undang.

Tidak mahu ramai yang terpedaya, ada pihak yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

shah iskandar kit ujian covid-19 shah iskandar kit ujian covid-19

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Shah memadam ‘posting’ tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka secara live di Instagram. Dia tidak menyangka niat baiknya untuk menjual kit pengesanan COVID-19 menerima kecaman dan kritikan hebat.

Shah pada masa yang sama menafikan dakwaan dia ingin mengambil kesempatan dan mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

shah iskandar kit covid-19

Saya sedar bahawa saya tidak sensitif terhadap isu yang melanda seluruh dunia ketika ini. Niat saya hanya untuk membantu orang yang tidak berkemampuan bagi menjalani ujian terbabit kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

Disebabkan ia membabitkan sensitiviti dan dituduh mengambil kesempatan mahu kaut keuntungan, saya dengan rendah diri sekali lagi memohon maaf. Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual.

shah iskandar kit covid-19

Jangan mudah terpedaya dengan apa sahaja kit ujian virus tersebut yang dijual secara atas talian kerana ia tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keputusannya juga tidak tepat. Orang ramai diminta terus mendapatkan pemeriksaan di hospital sekiranya menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.

Berita : Harian Metro


Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...