EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dikecam Seperti Peminta Sedekah, Ameng Spring Tampil Buka Mulut

0 month ago, 10-Jun-2021

Mengulas mengenai konsert secara maya di Facebook, penyanyi Ameng Spring berkata sambutan di Artiste Voice Of Legend (AVOL) sangat menggalakkan.

Selain dapat menghiburkan peminat, Ameng berkata cara tersebut merupakan salah satu alternatif bagi mereka menjana pendapatan ketika ini.

IKLAN

Tonton secara maya kena bayar, bukan percuma

Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring berkata nilai RM1 itu hanyalah sumbangan dan sebagai syarat sahaja untuk menonton konsert secara maya itu. Tetapi jika penonton mahu memberikan jumlah yang lebih, ianya sangat dialu-alukan.

Foto AVOL Legend Artiste (Facebook)

Selain Ameng Spring, ada beberapa lagi penyanyi yang turut serta dalam konsert secara maya ini. Setiap seorang akan diberikan masa 15 minit sahaja.

Ada yang kata tak ubah macam peminta sedekah?

Menerusi sambutan konsert yang menggalakkan ini, Ameng berkata mereka tidak terlepas daripada menerima komen-komen yang negatif.Kongsinya ada juga yang berpendapat golongan artis ini tidak perlu dibantu dan hanya tak ubah seperti peminat sedekah.

Foto AVOL Legend Artiste (Facebook)

Apabila saya memuat naik iklan persembahan, ada yang berpendapat artis tidak layak dibantu. Artis tidak memberi manfaat untuk negara dan nampak seperti peminta sedekah, kongsinya.

Malah dia juga berkata sekiranya orang membayar golongan penyanyi ini bermaksud mereka menghargai usaha dan bakat seseorang.

Foto Berita Harian

Tegas Ameng pada sebelum ini mereka sering mendapat royalti daripada stesen radio, TV, YouTube, penjualan album dan sebagainya. Jadi tak salah untuk mereka gunakan platform sosial media yang lain sebagai tempat menjana pendapatan.

Melihatkan dengan keadaan negara sekarang, Ameng berkongsi dia tidak kisah berapa penonton mahu membayarnya. Jika mereka tidak mahu menonton konsert tersebut, mereka boleh buat pilihan dengan menonton tayangan yang lain.

Foto Apa Derr? (Blog)

Selain daripada Ameng Spring, antara penyanyi yang turut serta dalam konsert maya ini adalah Fredo Flybaits, Hasnol, Jatt Ali, Ibnor Riza dan Ramziela.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...