EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dikecam Selalu Menunjuk Ketika Bantu Orang, Ini Respon Padu Syed Saddiq

0 month ago, 10-Jun-2021

Setiap kali Ahli Parlimen Muar ini memuatnaik foto di Instagramnya, pasti ada yang berkata dirinya seolah-olah menunjuk-nunjuk betul ke?

Terbaru Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi penjelasan mengapa diri beliau sering berkongsi gambar-gambar yang rakyat di Muar terutama golongan yang susah dan perlukan bantuan.

IKLAN

Bukan Menunjuk Tapi Tidak Ingin Beri Laporan Yang Salah

Foto Instagram @syedsaddiq

Berdasarkan perkongsian Syed Saddiq di akaun Instagramnya hari ini, tujuan Ahli Parlimen Muar ini sering berkongsi gambar di media sosial adalah kerana tidak mahu ada yang memberi maklumat atau laporan yang tidak benar.

Kalau saya tak kongsikan, nanti ada yang beri laporan salah kata Pejabat Parlimen Muar tak bantu. Kongsi Syed Saddiq di Instagram

Telus Untuk Bantu Rakyat

Foto Instagram @syedsaddiq

Selain itu, Syed Saddiq juga menyatakan bahawa gambar-gambar yang dimuatnaik itu juga merupakan bukti bahawa Pejabat Parlimen Muar melaksanakan tugas dengan baik dan beramanah.

Supaya ada bukti bantuan diberikan. Nama, alamat, nombor telefon dan bantuan semua dicatat bersertakan gambar. Ini duit rakyat. Saya kena belanjakan dengan baik dan penuh beramanah. Kongsi Ahli Parlimen Muar di akaun Instagramnya

Mahu Beri Kesedaran Kepada Pihak Berkuasa

Tambahan lagi, dengan berkongsi gambar kesusahan rakyat Syed Saddiq berharap dapat beri kesedaran kepada golongan yang berkuasa supaya dapat lihat sendiri realiti dan laporan yang diterima tidak sama.

Bawa kesedaran kepada pihak berkuasa. Situasi rakyat sangat berbeza seperti apa yang dilaporkan. Bila saya desak sebegini, barulah ada tindakan positif. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kongsi Syed Saddiq di akaun Instagramnya

Apa-apa pun, semoga usaha keras Ahli Parlimen Muar ini menjadi contoh yang baik buat pemimpin yang lain.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...