www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dikecam netizen sembah berhala, Raf Yaakob perjelas punca Mawar Rashid pose kononnya mainkan agama

0 month ago, 09-Nov-2018


Pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raf Yaakob sememangnya pasangan secocok yang sering menarik perhatian netizen. Sejak zaman percintaan mereka, hingga ke jinjang pelamin dan sehinggalah kehidupan selepas berkahwin, ramai yang mengikuti kisah mereka.

Terbaru, Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob telah memuat naik sebuah foto di laman Instagramnya. Foto tersebut merakamkan gambar mereka sekeluarga melakukan pose atau gesturetangan seperti yang sering dilakukan oleh agama dan bangsa lain. Raf memuat naik foto itu beserta kapsyen,

Dulu waktu Raf upload gamba pose macam ni, ada yang kecam kata tangan macam nak sembah berhala. Just wanna tell you guys,@mawarashidkan Half Thai.

Terang Raf,posetersebut dilakukan oleh mereka kerana isterinya, Mawar Rashid merupakan kacukan Thai-Kelantan, dangesturetangan tersebut bermaksud salam sejahtera dalam budaya Thai. Bengang dengan segelintir pihak yang hanya tahu mengecam tanpa tahu asal usul makna sebenar di sebalikposetersebut, Raf tampil memberikan penjelasan.

Ujar Raf lagi, mereka berdua dikecam kerana perkara tersebut ekoran daripada foto mereka sewaktu Majlis Bersiram sebelum perkahwinan mereka dahulu.

Rentetan penjelasan Raf itu ramai netizen yang menyebelahinya dan meninggalkan pandangan mereka teradap perkara itu.

: IG Raf Yaakob


SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts