EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dikatakan Amalan Bertukar Cincin Masa Kahwin Adalah Amalan Orang Nasrani, Betul Ke? Apa Hukum Melakukannya?

0 month ago, 15-Sep-2020

Antara adat yang paling popular semasa sesi perkahwinan dijalankan ialah dengan bertukar-tukar cincin. Ia juga sinonim dengan adat membatalkan wuduk di antara pasangan selepas akad.

Ini bukan merupakan adat yang diamalkan Islam, namun lebih kepada adat Melayu. Bahkan, ada juga bangsa lain yang melakukan aktiviti ini bagi menjadikan simbolik kepada sahnya perkahwinan yang dilakukan.

Jadi, jika ia bukan adat Islam bolehkah ia tetap diamalkan semasa sesi perkahwinan bagi pasangan yang Islam dan apa pula syarat-syarat yang perlu diikuti?

#1 Pertama,perlu kita lihat bahawa sejarah bertukar-tukar cincin ini adalah daripada adat kaum Nasrani. Semasa pernikahan, pengantin lelaki akan meletakkan cincin di jari pengantin perempuan dengan menyebut ungkapan yang ditetapkan.

Bagi mereka, ia adalah tradisi wajib semasa perkahwinan untuk menjadikan ia ikatan yang berkekalan. (Ada diceritakan oleh Syeikh Al-Albani dalam Adab Az-Zifaf)

#2 Seterusnya,kita boleh melihat bahawa, jika umat Islam mengamalkan adat ini dengan mempercayai bahawa cincin tersebut boleh mengekalkan ikatan perkahwinan, maka ia boleh jatuh kepada hukum syirik.

Hal ini kerana, ia telah menjadikan pasangan tersebut mempercayai kepada cincin melebihi Allah. Sedangkan, cincin merupakan alatan yang tidak berkuasa pun. Jadi, haram hukumnya apabila kepercayaan dan kebergantungan ini beralih kepada cincin tersebut.

#3 Hukumnya adalah dibolehkan,jika ia sekadar mengikut adat dan bukan mempunyai niat atau kebergantungan kepada cincin tersebut. Ia sekadar simbolik kepada cinta dan ikatan perkahwinan yang dilakukan.

#4 Perlu melihat kepada jenis cincin tersebut. Ia tiada masalah terhadap pengantin perempuan. Namun, perlu dititikberatkan terhadap pengantin lelaki.

Lelaki boleh memakai cincin selain daripada emas. Jika ia adalah emas, maka hukumnya adalah haram.

Maksud: Nabi SAW melarang cincin emas (bagi lelaki). (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5863)

kredit zayan


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...