EdisiViral.Com Search Guest Post Login

5 lagi dikaitkan LTTE ditahan

0 month ago, 12-Oct-2019

LIMA lagi individu yang disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditahan hari ini dalam satu operasi khas polis di beberapa negeri hari ini.

Menurut sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.

"Betul ada tangkapan baru kerana disyaki terbabit LTTE pada hari ini, susulan daripada penahanan tujuh individu sebelum ini.

"Maklumat lanjut berhubung penahanan mereka itu akan dimaklumkan dalam sidang media esok," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.

Mereka itu ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang pada Khamis lalu.

Berita berkaitan

Polis tak tahan tanpa sebab - KPN

Bukan tahan suka-suka

Tujuh termasuk dua ADUN ditahan [METROTV]

Tahan pengganas, bukan kerana kaum - Polis

Dua ADUN ditahan polis [METROTV]


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...