EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

334,981 Dijangkiti

0 month ago, 24-Mar-2020

Agensi

Geneva: Berdasarkan angka rasmi dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia.

Berdasarkan data di laman webnya sehingga jam 3.28 petang semalam, 334,981 kes dilaporkan dengan 14,652 kematian.

Virus itu juga sudah tersebar di 190 negara.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ia menunjukkan pandemik itu pantas merebak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian berhubung perkembangan Covid-19 di sini.

Dalam pada itu, Britain menjadi negara terbaharu menyertai 1.7 bilion penduduk dunia yang menjalani perintah berkurung.

Ia selepas Perdana Menteri, Boris Johnson mengumumkan perintah itu untuk tiga minggu bermula kelmarin.

Kerajaan turut mengarahkan penutupan kedai dan perkhidmatan bukan keperluan.

Selain itu, larangan berkumpul lebih daripada dua orang sepanjang tempoh tiga minggu perintah berkurung dilaksanakan.

Duduk di rumah, katanya menerusi stesen televisyen negara berkenaan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...