www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dana HRDF diguna beli hartanah, beri bonus - Menteri

0 month ago, 10-Nov-2018



Sebahagian besar wang Tabung Pembangunan Manusia dialihkan untuk digunakan bagi kepentingan individu tertentu, dedah Menteri Manusia M Kulasegaran hari ini.


Loading...
Mengulas laporan Jawatankuasa Pemantauan Tadbir Urus HRDF di Kuala Lumpur, Kulasegaran berkata wang berkenaan digunakan untuk membeli hartanah, membayar gaji dan bonus besar kepada kakitangannya yang terpilih.

Beliau berkata beberapa ahli lembaga pengarah terdahulu juga tidak mendedahkan kepentingan peribadi mereka kepada lembaga pengarah.

Kami akan memulakan prosiding sivil dan jenayah terhadap sesetengah daripada mereka, katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan HRDF Town Hall di Pusat Konvensyen HGH di Kuala Lumpur hari ini. - Malaysiakini


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts