www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


FAM digesa pecat Hodak

0 month ago, 17-Mar-2019


RODLY FADLY

KETUA Jurulatih Bawah 19 Tahun (B-19), Bojan Hodak digesa meletak jawatan atas kegagalan skuad bimbingannya itu pada pertandingan Piala Sanix di Jepun, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, langkah itu disifatkan lebih bermaruah daripada Hodak terus mencari alasan untuk melepaskan tengkuknya sendiri.

Malah, jika Hodak enggan berbuat demikian, Jamal menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri mengambil tindakan memecat jurulatih kelahiran Croatia itu.

Terus terang, saya sangat meluat dengan perangai Hodak, sebagai jurulatih, dia sepatutnya mengambil tanggungjawab atas apa sahaja keputusan diperoleh pasukan di bawah kendaliannya, semasa menang mahupun kalah.

Jangan hanya bila menang sahaja, mendabik dada tapi bila gagal mencari alasan dengan menyalahkan orang lain. Ini bukan sifat seorang jurulatih profesional, katanya.

Senada dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, Jamal turut mempertikaikan mengapa jurulatih berasal dari Croatia itu tidak bersuara apa-apa mengenai sistem bola sepak kita semasa skuad negara menjuarai Kejuaraan AFF B-19 sebelum ini.

Bila kalah, mula salahkan sistem, bukankah sistem ini juga yang diguna pakai selama ini? soal bekas pemain yang pernah membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik pada 1980 itu.

Lagi pun dia sendiri sudah lama menjadi jurulatih di sini, tak kan baru sekarang dia nampak kelemahan sistem bola sepak kita, kalau betul ada kelemahan, mengapa selama ini hanya diam dan tidak menegur?

Tapi, semua ini hanya alasan untuk melepaskan diri sendiri dan hendak lari daripada tanggungjawab. Saya tak kata sistem bola sepak kita sudah sempurna tapi menjadikan ia sebagai alasan atas kegagalan adalah tidak betul apatah lagi mengkritik secara terbuka.

Pada saya, mudah saja, kalau tak sanggup bertanggungjawab, eloklah letak jawatan dan cari kerja lain. Kalau dia tak mahu letak jawatan, saya harap FAM ambil tindakan dengan memecatnya kerana kenyataan terbuka Hodak itu memang tidak boleh diterima, tegas Jamal.

Skuad B-18 bimbingan Hodak tersingkir awal selepas kecundang dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan, tewas 0-2 kepada Sekolah Tinggi Amoari Yamada, disusuli 0-5 di tangan Sagantosu FC dan 0-1 kepada Sekolah Tinggi Otsu.

FAM digesa pecat Hodak Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts