EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Digelar Seperti Monyet, Youtuber Ini Langsung Tak Ambil Hati

0 month ago, 08-Jun-2021

Seorang Youtuber baharu berasal dari Kijal, Kemaman, Terengganu ini lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sanggup memanjat pokok sambil memakai baju kurung demi mendapatkan content.

Dulu saya suka panjat bukit, tapi semuanya terhenti sejak pandemik Covid-19, ditambah pula dengan sekatan pergerakan penuh.

Di kawasan rumah saya ada banyak pokok. Jadi saya dapat idea untuk ambil gambar atas pokok. Idea tercetus ketika raya. Biasanya orang ambil gambar di sebalik pokok, saya nak ambil gambar di atas pokok.

Ada juga yang komen, mereka kata macam monyet, tapi saya tak ambil hati.

Bercerita mengenai dirinya, Wani baru sahaja memulakan saluran YouTube pada Disember tahun lalu atas dorongan rakan-rakan.

Jelasnya, dia menghasilkan pelbagai kandungan mengikut trend semasa dan berharap dapat menjadi YouTuber berjaya suatu masa nanti.

Saya masih lagi mencari tapak secara perlahan-lahan. Saya bukan jenis cepat putus asa. Sekarang saya hanya ada 300 lebih subscribers.

Kalau dalam masa setahun boleh capai 1,000 subscribers, syukur Alhamdulillah. Yang penting jangan mengalah.

Dedah Wani lagi, dia juga pernah bercita-cita mahu menjadi tentera, namun kini mengubah impian dan menyimpan hasrat bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti.

Digelar Seperti Monyet, Youtuber Ini Langsung Tak Ambil Hati Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...