EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

9 Cara Didik Anak Tidur Awal

0 month ago, 26-Nov-2021

Menjadi ibu bapa kenalah tahu ilmu keibubapaan dalam menguruskan anak-anak terutamanya ketika waktu tidur. Ini kerana anak yang cukup tidur akan memberikan emosi yang ceria dan stabil berbanding anak yang kekurangan waktu tidur.

Jika anak-anak terlalu lama menonton TV, bermain permainan komputer, Internet dan gajet, ini bukan sahaja memberi kesan pada kurangnya pergaulan dengan rakan sebaya malah turut mengganggu waktu tidur anak-anak kerana asyik menghadapnya sehingga lewat malam.

Jadi disini kami ingin berkongsikan kepada anda cara-cara untuk mendidik anak anak tidur awal supaya tiada masalah kesukaran bangun diawal pagi keesokan harinya.

Baca juga: Cara Untuk Buka Akaun Tabung Haji Anak

Antara 9 Cara Mendidik Anak-anak Tidur Awal

1. Tetapkan Rutin Waktu Tidur Anak

Ibu bapa haruslah menetapkan jadual waktu tidur anak-anak. Jadikan ia rutin tidur harian, serta pastikan anak-anak menepati waktu yang ditetapkan.

Sebagai contoh, waktu tidur anak ditetapkan pada pukul 9.00 malam. Jadi sebagai ibu bapa haruslah bertegas dan menyuruh anak-anak masuk keruangan bilik tidur pada waktu yang ditetapkan.

2. Bermain Di Waktu Petang

Ambil sedikit masa diwaktu petang untuk membawa anak anda bermain di taman mainan. Biarkan anak anda bermain sepuasnya di taman sehingga kehabisan tenaga. Jadi apabila tiba waktu malam, anak anda akan berasa cepat mengantuk dan letih.

3. Mandi Awal

Balik sahaja daripada bermain, terus bawa anak anda ke bilik mandi dan mandikan mereka. Jika anda lewat mandikan anak anda, ini akan menyebabkan mereka menjadi segar semula.

4. Elak Tidur Petang

Elakkan anak anda tidur disiang hari atau tidur terlalu lama. Ini akan menyebabkan anak anda segar dan aktif di waktu malam kerana mereka sudah mendapat rehat yang secukupnya.

5. Beri Makan Secukupnya

Sebelum tidurkan anak anda, pastikan mereka diberi makan secukupnya sehingga kenyang. Apabila perut kenyang, anak anda akan berasa berat mata dan mengantuk. Tetapi pastikan anda memberi makanan yang cukup zat dan mengenyagkan. Bukan makanan junk food.

6. Elakkan Ambil Minuman Berkafein / Makanan Manis

Pastikan anak anda tidak mengambil sebarang minum berkafein atau makanan manis. Ini akan menyebabkan anak anda bertambah aktif dan segar di waktu malam.

7. Pasang Ayat Al-Quran / Zikir Ketika Tidur

Pasangkan surah Ruqyah atau zikir untuk anak anda semasa tidur dan sepanjang malam bagi melindungi merekan dari gangguan malam.

8. Tutup Lampu Bilik Tidur

Pastikan anda menutup lampu bilik tidur anak bagi memudahkan mereka cepat tidur. Lampu yang terpasang dan suasana cerah akan membuatkan anak sukar untuk tidur di waktu malam.

9. Bacakan Buku Cerita / Bedtime Story

Sebelum anak anda tidur, anda boleh luangkan sedikit masa dengan membaca buku cerita (bedtime story) untuk menghiburkan mereka. Selain itu anda juga boleh mengajak mengira nombor atau berzikir. Selepas itu, peluk dan cium mereka serta ucap selamat malam sebelum mereka tidur untuk mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu ayah dengan anak.

Untuk menyuruh anak-anak kecil tidur awal ini sebenarnya tidak boleh dipaksa. Sebagai ibu bapa, anda haruslah bijak dalam menguruskan jadual tidur anak-anak. Tidur yang cukup akan memberikan kesegaran kepada anak-anak.

Tambahan pula, apabila mereka tidur awal dan cukup tidur, maka keesokan paginya mereka akan mudah untuk bangun pagi tanpa dipaksa bangun.

Baca juga: Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

9 Cara Didik Anak Tidur Awal SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...