www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Didier Drogba anggap peminat Chelsea Malaysia antara yang terbaik pernah ditemuinya..

0 month ago, 08-Dec-2018


Drogba bergambar bersama media tempatan di sesi perjumpaan sebentar tadi.
DIDIER Drogba menyifatkan peminat Chelsea di Malaysia adalah antara yang terbaik pernah ditemui sepanjang karier beliau.
Drogba berkata demikian di sesi perjumpaan dengan peminat The Blues Malaysia yang berlangsung di Sunway Hotel Resort & Spa semalam.
“Saya rasa peminat Chelsea di Malaysia adalah yang terbaik. Saya pernah datang ke sini beberapa tahun sebelum ini dan kali ini ianya masih sama.
“Mereka begitu mengalu-alukan kedatangan saya dan itu membuatkan saya cukup senang dan gembira datang ke Malaysia.
“Bila ada peminat-peminat seperti ini yang sentiasa memberi sokongan di belakang anda, ia akan membuatkan anda lebih bersemangat dan rasa dihargai,” katanya.
Drogba yang telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak baru-baru ini merupakan antara bintang Chelsea yang paling menyerlah selepas menjaringkan lebih 100 gol buat dan membantu pasukan meraih 12 trofi sepanjang kariernya bersama kelab itu.

Didier Drogba anggap peminat Chelsea Malaysia antara yang terbaik pernah ditemuinya.. Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts