EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jho Low Didakwa Ubah Wajah Menyerupai Beruang Dan Berjalan Seperti Seladang

0 month ago, 06-Nov-2019


Ahli perniagaan yang menjadi buruan Malaysia dan beberapa negara lain, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa sudah membuat pembedahan pada wajahnya dan kini menyerupai beruang dan berjalan seperti seladang.

Hal itu didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini, di mana pelbagai alasan yang tidak logik telah diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Jho Low.

Menurut Abdul Hamid, Jho Low kononnya sukar untuk dikesan kerana sudah menyerupai beruang dan ada ketikanya berjalan seperti seekor tambadau (seladang). Jika dilihat daripada belakang, dia kelihatan seperti seekor seladang.

Perkara itu diulas oleh Abdul Hamid berikutan laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis yang menyentuh tentang keberadaan ahli perniagaan itu di negara terbabit selain turut memiliki pasport negara berkenaan selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.


Difahamkan bahawa Jho Low telah mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley and Partners bertujuan untuk mengelakkan pergerakannya dikesan oleh pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Mei lalu, Abdul Hamid memberitahu bahawa pihak polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang sebelum ini gagal dikesan sejak tahun 2015 ekoran menjadi dalang transaksi wang haram daripada dana 1MDB.

Dakwaan terbaru ini muncul setelah beberapa hari berita tentang laporan bahawa ahli perniagaan tersebut ditawarkan suaka oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dipercayai kerap berulang alik sejak Jun lalu antara rantau Asia Barat dan Eropah.

Saya akan berusaha sehingga hujung tahun ini untuk membawa balik Jho Low. Maka saya masih lagi menggunakan pendekatan untuk sedia bekerjasama dengan pihak tersebut. Apa sahaja syarat yang dimahukan, saya sedia mendengarnya.

Apa yang penting adalah penjenayah itu mesti diserahkan balik kepada kita, akhirinya. Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan kira-kira AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) dana daripada 1MDB telah diselewengkan.

: erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...