EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bayi mati dicakar anjing

0 month ago, 16-Jan-2020

New Delhi: Bayi yang baru lahir tiga jam dicakar sehingga mati oleh sekumpulan anjing liar di sebuah hospital swasta di Farrukhabad, Uttar Pradesh.

DailyMail melaporkan bahawa anjing itu memasuki hospital masuk menerusi tingkat di dewan pembedahan.

Polis berkata, kakitangan hospital itu kini ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kematian.

Pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday berkata, keluarga mangsa mendakwa bahawa bayi itu ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam dewan pembedahan.

Kami sedang menunggu bedah siasat sebelum membuat sebarang tangkapan berhubung kematian mangsa, katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa hospital cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian bayi itu disebabkan ibunya keguguran.

Mereka mendakwa bahawa ditawarkan wang untuk tidak membuat aduan berhubung perkara berkenaan.

Pihak berkuasa kini menutup hospital berkenaan atas alasan ia beroperasi tanpa lesen.

Dianggarkan, ada lebih 30 juta anjing liar di India dan lebih 20,000 orang di negara itu mati akibat penyakit anjing gila, setiap tahun.

Laporan bahawa anjing merayau di hospital juga bukan perkara asing.

Minggu lalu, ada dakwaan bahawa anjing tidur di katil di hospital kerajaan yang menyebabkan protes awam.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...