EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dibuang di tepi jalan besar 2km jauh dari destinasi terminal bas, lelaki ni mengamvk

0 month ago, 10-Sep-2019

Umum sedia maklum bahawa pengangkutan awam adalah salah satu inisiatif untuk setiap individu pergi ke sesuatu tempat yang dituju. Hal ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, malahan memberi ruang untuk berehat tanpa perlu penat memandu.

Antara pengangkutan awam yang popular adalah bas ekspress kerana terdapat perkhidmatan menghubungkan jarak yang jauh di dalam negera.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang lelaki di laman Facebook Terengganu KITE, dia telah mengadu mengenai perkhidmatan sebuah syarikat bas yang pemandunya menurunkan penumpang di lokasi berbeza daripada tempat sepatutnya.

Menurut Azmi, dia yang menaiki bas dari Terengganu ke Segamat telah mengalami situasi dimana pemandu bas tersebut menurunkan penumpang 2km daripada terminal destinasi.

Hal ini menyebakan mereka terpaksa berjalan kaki sambil mengusung beg ke terminal bas Segamat.

Tambahnya lagi, ketika mempersoalkan tindakan pemandu bas tersebut, dia memberitahu bahawa pemandu-pemandu senior juga melakukan perkara sama dan dia hanya mengikuti tradisi itu.

Azmi yang tidak berpuas hati berasa berang kerana dia telah membeli tiket dan jelas menyatakan bahawa destinasi untuk menurunkan penumpang bukan di tepi jalan besar.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen diruangan komen Facebook sumber dengan meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan pemandu itu.

:Terengganu KITE




Live Website Traffic





www.edisiviral.com