EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dibelasah sehingga mati kerana enggan terima pelawaan minum bersama di pusat karaoke

0 month ago, 12-Aug-2019


Hancur luluh hati seorang lelaki berusia 34 tahun yang kehilangan isterinya, apabila mangsa enggan minum bersama sekumpulan lelaki muda yang mendekati dia ketika berada di pusat karaoke. 

Pergaduhan itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan sehingga dikejarkan ke hospital. 

Menurut laporan Sinchew, kejadian itu berlaku di Taipei dan si suami yang bernama Xu, pergi ke pusat karaoke tersebut bersama isteri dan adik iparnya pada 28 Julai lalu. 

Lelaki itu meminta isteri dan adik iparnya masuk ke pusat karaoke itu terlebih dahulu kerana dia mahu meletakkan keretanya di tempat letak kereta. 

Kedua-dua wanita itu kemudian pergi ke kaunter untuk menempah bilik karaoke sebelum didatangi sekumpulan lelaki muda yang mula menggatal dengan mereka. Dua beradik itu bagaimanapun tidak mengendahkan mereka. 

Selepas mendapati nombor bilik, mereka pergi ke tandas dan terserempak dengan sekumpulan anak muda itu lagi yang berada dalam keadaan mabuk. 

Mereka meminta dua beradik itu menemani mereka minum tetapi sekali lagi dua beradik itu tidak endah dan segera pergi ke bilik mereka di mana Xu sedang menunggu. 

Tidak puas hati pelawaan ditolak, sekumpulan lelaki itu mengekori mangsa dan adiknya ke bilik lalu tercetus pergaduhan di antara mereka. 

Xu cuba mempertahankan isteri dan adik iparnya dalam pergaduhan yang berlaku selama 20 minit. Namun isterinya dibelasah teruk sehingga tidak sedarkan diri. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia akibat kecederaan parah. 

Xu dan adik iparnya kesal, kakitangan pusat karaoke itu langsung tidak membantu mereka ketika kejadian itu berlaku. 

Polis hanya tiba di tempat kejadian selepas pergaduhan itu berakhir di mana mangsa telah pun mengalami kecederaan yang parah. 

Ekoran kejadian itu, suami mangsa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat karaoke tersebut. 

Salah seorang kakitangan pusat karaoke itu berkata, keadaan pada waktu itu terlalu huru hara dan mereka terlalu takut untuk masuk campur melainkan menunggu ketibaan polis. 

Lima suspek telah ditahan untuk disoal siasat.

: Sinchew, World of Buzz

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com