EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Aku dianiaya. Difitnah suami, Lufya Omar kecewa suami abai tanggungjawab

0 month ago, 13-Sep-2019

Walaupun sudah jarang tampil di kaca televisyen sejak berumah tangga pada tahun 2016, pelakon cantik berwajah kacukan, Lufya Omar masih aktif di media sosial dan kerap memuat naik perkembangan terkininya di Instagram.

Walau bagaimanapun, Lufya telah mengejutkan ramai pihak apabila membuat posting berkaitan rumah tangganya yang tidak bahagia semalam.

Lufya yng mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor kacak bernama Che Muhammad Hafiz Che Baharum telah memberitahu kehidupannya yang menderita disebabkan suaminya melepaskan tangungjawab sebagai ketua keluarga.

Dia juga mengakui sudah hilang sabar kerana terlalu lama makan hati iaitu sejak 3 bulan usia perkahwinan mereka.

Selain itu, pelakon berwajah Timur Tengah ini turut mengatakan bahawa suaminya pernah melakukan kesilapan besaryang tidak terjangkau oleh fikiran dan juga pernah menfitnahnya ke anggota keluarga yang lain.

Kecewa dengan perkara itu, pelakon wanita tersebut terpaksa mencoretkan di media sosial bagi memaklumkan bahawa dia benar-benar tertekan kerana diperlakukan sebegitu rupa walaupun sudah mencuba untuk menjadi isteri solehah.

Terdahulu, hasil perkahwinan yang berlangsung pada 2016, mereka telah memperoleh seorang anak perempuan comel berusia 2 tahun.

Sebelum ini juga, media tempatan pernah melaporkan khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga mereka namun dinafikan oleh artis tersebut.

: Mstar Online

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com