EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Diaby: Mereka Gelar Saya LHomme de Verre

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Bekas pemain tengah Arsenal, Abou Diaby menyatakan beliau sangat terkesan setiap kali mendengar orang berbicara tentang rekod kecederaan beliau.

Diaby malah mudah triggered apabila mendengar berita pemain lain cedera dan dibincangkan di hadapannya ataupun dibacanya. Kerana beliau akan tahu dunia akan teringatkan beliau.

Abou Diaby telah dilepaskan oleh Arsenal dan menyertai Marseille pada 2015. Pemain tengah itu pernah disamakan dengan legenda Arsenal, Patrick Vieira pada awal Kerjaya beliau.

Beliau adalah pemain yang sangat berbakat. Rajin dan tenang di atas padang. Menepati kesemua kriteria dikehendaki Wenger.

On this day in 2006: Arsenal completed the signings of midfielder Abou Diaby (2m) & striker Emmanuel Adebayor (reported 3m) from French sides Auxerre & AS Monaco respectively. #afc pic.twitter.com/CITKl4pKtw

afcstuff (@afcstuff) January 13, 2021

Namun selepas itu rekod kecederaan yang teruk menjadi antara pembunuh utama impian tersebut. Beliau terpaksa bersara pada usianya baru 32 tahun. Hanya selepas bermain 200 perlawanan sahaja dalam 14 tahun karier di EPL.

Wenger sendiri percaya Abou Diaby gagal mencapai potensi maksimum kerana rekod kecederaan yang tidak masuk akal.

Saya sedih melihat kamu [Diaby] menamatkan karier seperti ini. Ianya pelik kerana semalam saya tanya kamu tentang bentesan daripada pemain Sunderland yang membuatkan kamu cedera teruk.

Dan saya bercakap tentang semangat dan kekuatan yang kamu tunjukkan untuk bangkit kembali.

Sayangnya, anda tidak dapat menyatakan semua bakat yang anda miliki. Tetapi saya yakin anda akan berjaya dalam apa sahaja yang akan datang. Saya berharap untuk anda, terima kasih dan saya doakan yang terbaik untuk anda di masa depan.

Abu Diaby dilaporkan mengalami 42 siri kecederaan sekitar 2006-2015. Beliau melakukan 182 penampilan bersama Arsenal termasuk hanya dua penampilan beliau ketika di Emirates pada 2 musim terakhir.

Diaby Terluka Bukan Sahaja Secara Fizikal, Malah Psikologi!

Saya bukan sahaja sakit secara fizikal, malah turut terluka secara psikologi kerana kecederaan yang saya alami. Mereka gelar saya LHomme de Verre. Ia bermaksud saya diperbuat daripada kaca,

Ia boleh memberikan kesakitkan secara psikologi. Mereka tidak tahu berapa banyak masa saya luangkan setiap hari dalam hidup saya untuk cuba bangkit dan mahu pulih. Tetapi, apa yang boleh saya lakukan? Inilah kisah hidup saya.

Bentesan Dan Smith Adalah Pembunuh Segala-galanya!

Abou Diaby menyertai Arsenal daripada Auxerre pada 2006 setelah menolak tawaran Chelsea. Beliau dibeli dengan nilai 2 juta.

Beliau adalah prospek panas ketika itu kerana aksi cemerlang beliau terutama sekali ketika bersama-sama Auxerre dan juga pemain penting dalam skuad muda Perancis.

Ketika di Arsenal beliau diberikan jersi no.2 jersi itu dikosongkan selepas pemergian lagenda Lee Dixon.

Hanya selepas 5 bulan bersama Arsenal Diaby patah kaki kerana bentesan keras oleh Dan Smith.

Wenger mengutuk secara terbuka bentesan itu dan menganggap ia tidak harus ada dalam bola sepak. Diaby terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim tersebut.

Namun pemangku pengurus Sunderland ketika itu Kevin Ball mempertahankan Smith dengan mendakwa ia adalah hanya satu insiden tak sengaja. Smith bukan pemain yang kotor.

Kedua-dua pemain sama-sama cuba memenangi bola tetapi Dan lebih pantas daripada Diaby tegas Kevin Ball.

Tidak lama selepas itu Dan Smith menyatakan kepada umum bahawa insiden beliau dengan Diaby telah mengganggu karier beliau kerana reputasi beliau mulai tercemar.

Diaby mengakui beliau tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ketika perlawanan Sunderland pada tahun 2006. Bentesan keras daripada Dan Smith menyebabkan kakinya patah dan buku lalinya terkehel (dislocated).

Sudah tentu ia adalah detik yang membunuh segala-galanya. Itulah punca semua ini terjadi.

Ia sangat membataskan pergerakan pergelangan kaki saya dan saya banyak mengorbankan bahagian lain dalam badan saya untuk menampung pergerakan kaki saya.

Sebelum itu, saya tidak pernah mengalami kecederaan otot. Saya juga memiliki cara hidup yang sangat sihat. Tetapi sebenarnya, saya langsung tidak ada menyimpan kebencian atas detik hitam itu.

Saya sudah lama membiarkan hal tersebut di berlalu. Cuma kalau boleh saya berharap ia berlaku lebih lewat dalam karier saya.

Jika ia berlaku ketika saya berusia 28 tahun, mungkin ia akan menjadi kisah yang berbeza. Dalam usia saya 21-27 tahun saya boleh memajukan karier saya bermain setiap minggu, dan menjadi pemain yang selayaknya.

Sepanjang kariernya di Arsenal, beliau menderita 42 siri kecederaan dan tersisih 222 minggu kerana pemulihan dan tidak dapat beraksi. Itu bermakna Diaby meluangkan masa berehat lebih 4 tahun secara keseluruhannya berdasarkan minggu.

Itulah kisah sedih About Diaby yang digelar lelaki kaca yang gagal memenuhi potensi dirinya kerana kecederaan.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...