EdisiViral.Com Search Guest Post Login

7 Destinasi Syurga Dunia Di China Berbaloi Untuk Dijelajahi!

0 month ago, 10-Oct-2019

Dah bosan melancong dalam negara, nak cuba melawat tempat-tempat yang menarik di negara luar pula. Nah kali ini wanista tampilkan lokasi atau tempat-tempat menarik yang sememangnya berbaloi untuk kamu jelajahi! Keindahan alam yang berwarna hijau dengan warna langit biru yang cerah memberikan ketenangan yang abadi buat pencinta alam semula jadi.

Percutian yang dapat memberikan rasa ketenangan dan kepuasan kepada diri adalah sesuatu yang sering di impikan oleh para pelancong. Nah dengan melawati tujuh destinasi syurga kayangan di China ini, pastinya ia dapat memberi kepuasan dan pengalaman melancong ke negara yang kaya dengan sejarah, tradisi dengan pelbagai pemandangan yang memukau jiwa untuk lupa seketika kesibukan kota dan penat bekerja.

7 Destinasi Syurga Kayangan Di China

#1 Tasik Lugu Pekan Lijiang, Yunnan

Foto visittourchina.com

Tasik Lugu yang terletak di sebuah pekan Lijiang, Yunnan ini kaya dengan sejarah purba masyarakat Naxi serta keindahan alam semula jadi yang masih kekal terpelihara sehingga hari ini. Sesi penjelajahan di tasik Lugu ini pastinya dapat memberikan panorama yang mengasyikan serta bermakna buat pengembara. Dengan keindahan alam, tasik yang jernih dan bersih menjadikan tempat ini seperti permata dunia yang tersorok jauh dari kesibukan bandaraya.

#2 Gunung Huangshan Huangshan

Foto YouTube

Gunung Huangshan yang terletak di Huangshan ini merupakan lokasi yang sangat popular di China dengan panorama seperti berada di alam kayangan di atas pergunungan tersebut. Pergunungan Huangshan yang bercuram yang di penuhi dengan pokok-pokok pine berserta dengan bentuk batu-batuan yang pelik menjadikan ia salah satu tarikan pelancong di gunung Huangshan ini.

Menariknya nama Huangshan yang bererti Yellow Mountain atau Gunung Kuning memiliki sejarah yang tersendiri. Tetapi gunung ini bukanlah berwarna kuning, menurut lagenda, maharaja Huang yang mengabadikan dirinya dan menjadi dewa di gunung Huangshan ini dan sejak itu gunung ini menukar namanya daripada Yishan kepada Huangshan.

#3 Yading Nature reserve Daocheng

Foto getaboutasia.com

Yading Nature Reserve ini mendapat jolokan sebagai Last Pure Land on Our Blue Planet. Yading Nature Reserve yang terletak di wilayah Daocheng, China ini cukup terkenal menerusi fotografi di dalam National Geographic. Panorama alam semula jadi yang memukau jiwa dan pandangan menjadikan ia sebuah lokasi alam semula jadi yang berharga dan bernilai buat pencinta sejarah dan seni fotografi. Maka tidak hairan saban tahun pelancong tidak henti-henti mengunjungi tempat ini. Sememangnya syurga di bumi biru!

#4 Pekan Air Wuzhen Bandar Tongxiang, Zhejiang

Foto iamatravelblog.com

Pekan air Wuzhen merupakan salah satu dari enam pekan air purba yang terkenal di bandar Tongxiang, wilayah Zhejiang. Pekan air Wuzhen ini di kelilingi oleh tiga bandar lain iaitu Hangzhou, Suzhou dan Shanghai. Pekan air Wuzhen ini kaya dengan sejarah dan seni bina dari dinasti Ming dan juga Qing. Bagi yang inginkan suasana seperti di zaman purba China, kamu perlu cuba jelajah pekan air Wuzhen ini.

#5 Taman Klasik Suzhou Suzhou

Foto Alan Watts

Classic Garden of Suzhou atau Taman Klasik Suzhou yang terletak di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu ini di letakan di bawah perlindungan UNESCO. Di mana taman ini telah wujud sejak abad ke enam BCE dan bandar ini telah di bangunkan sebagai bandar Utama bagi kerajaan Wu zaman purba dahulu.

Foto gounesco.com

Dengan lebig daripada 50 taman yang masih lagi wujud dan kekal sehingga hari ini menjadikan ia taman berharga peninggalan sejarah China dahulu kala. Keindahan seni bina dan struktur binaan yang artistic memberikan suasana seperti di alam kayangan dan sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata!

#6 Kota Larangan Beijing

Foto wordpress.com

Forbidden City atau Kota Larangan yang terletak di ibu kota Beijing ini merupakan khazanah sejarah dan tamadun dunia yang berusia lebih 500 tahun. Kota Larangan ini telah di senaraikan dalam UNESCO sebagai kota yang menyimpan koleksi khazanah seni bina kayu purba yang terbesar di dunia. Dan sehingga ke hari ini Kota yang menyimpan rahsia keluarga diraja zaman purba ini menjadi lokasi tarikan pelancong saban tahun dan ianya berbaloi untuk di kunjungi!

#7 Pekan Purba Phoenix Hunan

Foto visittourchina.com

Fenghuang Ancient Town atau Phoenix Ancient Town ini merupakan pekan purba dengan lebih 300 tahun sejarah silam. Ia telah di bina pada tahun 1709 sejak dinasti Qing, malah pekan purba ini juga terkenal sebagai pekan tercantik di China dan seni binanya masih kekal sehingga hari ini. Pekan ini memiliki aura misteri, elegan dan artistic. Dan pastinya melancong ke tempat-tempat bersejarah ini memberikan pengalaman yang berharga buat si pengembara yang mencari kelainan dan keunikan asli.

Foto Daily Mail

Jom ubah selera pula dengan melawat tempat-tempat bersejarah ini kerana ia merupakan lokasi asli dan kaya dengan seni bina purba yang mengasyikan. Malah panorama alam semula jadi yang klasik, elegan dan memukau jiwa pasti bakal membuatkan pengalaman pelancongan yang tidak dapat di lupakan.

Selamat Melancong!

Rujukan : 1, 2, 3


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...