EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Desakan anak Ismail Sabri dikenakan tindakan

0 month ago, 10-Jun-2021

KUALA LUMPUR Minggu lepas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob panas dengan isu pintu.

Minggu ini giliran anaknya, Dafi dikritik kerana menyertai program hiburan yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) bersama 49 selebriti lain.

Ekoran kritikan hebat tersebut daripada orang ramai, pertandingan nyanyian All Together Now Malaysia (ATNM) itu telah dihentikan siarannya.

Ia ekoran beberapa laporan berkaitan pelanggaran SOP dalam rancangan itu baru-baru ini.

Netizen telah membanjiri Instagram bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu dengan meninggalkan komen-komen pedas.

Kebanyakan netizen kecewa kerana Dafi turut terlibat mencabul SOP ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 sedangkan bapanya setiap hari mengingatkan rakyat Malaysia supaya patuh kepada SOP jika mahu melawan pandemik itu.

Ada yang menasihati penyanyi Bila Terasa Rindu untuk memberikan teladan yang baik kepada masyarakat, terutama memandangkan statusnya sebagai anak seorang menteri dan juga tokoh masyarakat.

Netizen turut mendesak Majlis Keselamatan Nasional (MKN) mengenakan kompaun terhadap Dafi dan selebriti yang lain yang menjadi juri dalam program itu.

Setakat ini Astro telah memutuskan untuk menghentikan program realiti tersebut siasatan terhadap tuduhan pelanggaran (SOP) Covid-19 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Malayu Astro, Raqim Ahmad, nasib program itu, yang menampilkan seramai 50 hakim celebriti, akan ditentukan setelah siasatan dijalankan.

Raqim memberitahu rakaman ATNM telah dilakukan pada bulan Mac di Putrajaya, sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan menyeluruh.

Semua individu yang terlibat dalam program itu juga dikatakan telah menjalani ujian calitan sebelum penggambaran berlangsung.

Hanya individu dengan status negatif yang diperbolehkan untuk meneruskan rakaman tersebut, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...