EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

DERITA RAKYAT GAZA BERTAMBAH, BEKALAN AIR TERCEMAR

0 month ago, 14-Oct-2021

Gambar: AFP

GAZA: Penderitaan yang dihadapi penduduk Palestin semakin bertambah apabila 97 peratus bekalan air di sini tercemar serta tidak boleh diminum.

Institut Global Air, Alam Sekitar dan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah-Mediterranean mendedahkan perkara tersebut sambil menyatakan bekalan air yang sedia ada terlalu masin sehingga tidak boleh diminum.

Seorang peserta kem pelarian Al-Shati, Falesteen Abdelkarim, 36, berkata keadaan itu menambah kesengsaraan mereka yang hidup di kem pelarian.

Rasanya seperti air laut. Kami tidak boleh menggunakan air itu untuk minum, masak atau mandi.

Kehidupan dalam kem pelarian amat sengsara. Kami terpaksa membeli air dari pembekal, katanya.

Kebanyakan penduduk terpaksa membeli air minuman daripada pembekal swasta kerana air perbandaran kerap tidak berfungsi akibat bekalan elektrik yang terputus terlalu lama.

Rata-rata pembekal swasta menjual air yang ditapis kepada penduduk di Semenanjung Gaza dengan kos purata sebanyak 30 shekels (RM38) bagi 1,000 liter air.

Pencemaran bekalan air di wilayah tersebut dikhuatiri memberikan kesan serius terhadap kesihatan awam.

Keadaan diburukkan lagi dengan sekatan oleh Israel terhadap bantuan kemanusiaan untuk masuk ke wilayah tersebut.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...