EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bapa, anak derita jantung berlubang

0 month ago, 19-Nov-2020

BATU PAHAT Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut berkongsi penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Mohd Faizul Redzuan, 35, berkatajantung berlubang yang dialaminya sewaktu kanak-kanak itu kembalimenyerangkesihatannyaapabiladimaklumkan doktor injap jantungnya mula terbuka menyebabkan dia kerap demam dan sukarmembuat kerjaberat.

Rabiatul Syakilyn, anak keduadaripada lima beradik itu pula disahkan bermasalah dengan jantungsemenjak lahir dan perlu mendapatkan rawatan hampir setiap bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurut isterinya, Azlin Ahmad, mereka bukan sahajaterpaksamengikat perut bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan malahada kalanyaterpaksa menebalkan mukamemintasumbanganrakan-rakan serta penduduk sekitar kediamannya di Kampung Parit Othman, Parit Sulong, dekat sini.

Akibat masalah kewangan dan jugakesihatan, rawatan untuk anaknyaRubi kinitidaklagi dapatditeruskan,tambahansuaminya kini sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja berat.

Semenjak tidak lagi melakukan rawatan di HSA hampir lima tahun,masalah jantung Rubi kini semakin serius. Selain bermasalah dengan jantung berlubang, injap jantungnya juga kini bermasalah dan memerlukan pembedahan.

Kami diberitahu kos pembedahan berkenaan memakan belanja puluhan ribu ringgit dan dengan pendapatan suami yang tidak seberapa, sememangnya kami tidak mampu. Jika diikutkan suami sendiri perlu melakukan pembedahan dan kosnya sekitar RM25,000. Dia terpaksa menangguhkannya akibat masalah kewangan yang kami hadapi, kata Azlin ketika ditemui di kediamannya.

Kedua-dua pasangan itu sebelum ini berniaga menjual sarapandi tepi jalanbagaimanapun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) Mac lalu,perniagaan itu dihentikan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehmenyalurkan keakaun Bank Simpanan Nasional(BSN) atas namaAzlin Ahmad bernombor0111741100032234.

BERNAMA

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...