EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Saya Juga Depresi- Atikah Suhaime Rasa Terkilan Tak Dapat Hulurkan Sumbangan

0 month ago, 08-Jun-2021

Ketika seluruh negara melaksanakan Full Lockdown, ramai yang mengeluh kerana pendapatan sekali lagi terjejas. Ada di antara mereka terpaksa meminta bantuan kepadagolonganartis idola mereka di media sosial. Namun tak semua artis dapat membantu seperti yang mereka harapkan.

Menerusi IG Stories, pelakon Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan dan bersalah kerana terpaksa menghiraukan semua mesej daripada pengikut Instagram yang menghubunginya bagi meminta sumbangan.

IKLAN

Foto: Instagram @therealatikahsuhaime

Saya rasa bersalah kerana telah mengabaikan semua mesej dari anda untuk minta bantuan. Saya juga sama seperti anda, saya juga susah. Macam lagu Whitney Houston, I Have Nothing.-ujarnya

Tambahnya lagi, Atikah berasa syukur kerana dia berada disamping keluarga untuk menjaganya. Atikah berkata dia sepatutnya sibuk dengan kerja seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun disebabkan Covid-19 melanda segala tugasnya terpaksa ditunda dan pendapatan sedikit terjejas.

Tangkap Layar: Instagram @therealatikahsuhaime

Atikah menasihati peminatnya yang mahu bantuan untuk pergi mencari organisasi kebajikan yang bersesuaian.

Kepada yang meminta bantuan, pergilah mencari organisasi kebajikan. Saya minta maaf tidak dapat membantu, katanya.

Akui hidupnya sama seperti orang lain, Atikah pernah merasa hilang harapan, namun dia percaya semunya akan jadi lebih jika bersama dengan orang tersayang.

Ya, saya juga kadang-kadang depresi dan hilang harapan. Saya harap ada orang tersayang di sisi kalian supaya berasa sibuk dan mampu buatkan sekeliling jadi positif.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...