EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Live IG dengan remaja bawah umur, pensyarah buat laporan polis terhadap Safiey Illias

0 month ago, 09-Jun-2021

Seorang pensyarah tampil membuat laporan polis berikutan tindakan usahawan kosmetik Safiey Illias yang mengadakan sesi Instagram Live bersama seorang lagi usahawan dan budak-budak bawah umur sekitar 2 pagi Rabu.

Menerusi perkongsian di Facebook, pensyarah yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar itu menjelaskan laporan tersebut dibuat berdasarkan 3 kesalahan berlandaskan akta dan peraturan di Malaysia.

Laporan polis dibuat ke atas pengguna Instagram SafieyIllias94 yang menjadi hos Live Instagram melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur. Laporan dibuat melibatkan kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah, Akta Kesalahan Kesalahan seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004, tulisnya.

Menurut Rafidah, tindakan itu wajar dilakukan memandangkan ramai pihak sering bertolak ansur dan memberi muka kepada golongan terkenal seperti Safiey.

Kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ni.
Ibu bapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IG Live sebegini, kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan Rafidah dan berharap agar usahawan-usahawan yang terlibat itu dikenakan hukuman setimpal.

Selain itu, pensyarah itu turut menegaskan kepada ibu bapa agar mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak terutamanya ketika melayari laman sosial di waktu malam.

Terdahulu, video Instagram 2 lelaki jelmaan wanita itu menjadi tular apabila memperlihatkan keduanya mengadakan sesi Live bersama 2 remaja lelaki bawah umur.

Apa yang lebih mengejutkan kedua-duanya seakan memberi galakan agar remaja-remaja yang tersebut menari seperti di kelab malam selain didakwa mengajar mengambil bahan terlarang.

: Gempak (Asraf Aided), Facebook Prof Madya Dr Rafidah



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...