EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akur Dengan Kecaman Netizen, Ini Kata-Kata Ibu Neelofa Selepas Cuba Menjadikan Daging Harimau Menangis Miliknya

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Kuala Lumpur: Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama Harimau Menangis.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan, katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan, katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama Harimau Menangis bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging Harimau Menangis dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama Harimau Menangis masih di peringkat pemeriksaan.

Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama Harimau Menangis didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau, katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.

kredit harian metro



SUMBER : karteldakwah.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...